11.8.11

bazaar.

sekarang ni saya tak pasti mengapa waktu macam pantas sangat berlalu. bagaikan tiada liku untuk memperlahankannya. sudah 11 hari saya dan kalian semua berpuasa. 11 hari yang sangat pantas ye dak?

jadi, hari ini saya ingin menceritakan sedikit tentang pengalaman puasa saya sepanjang hari ke-11.

keh keh.

ok, biar saya berterus terang, nikmat ramadan tahun ni tidak lah seperti nikmat ramadan yang saya impikan. enam hari pertama saya berpuasa, enam hari saya demam. ahh. sadis sungguh.

bermacam-macam jenis perkara, aktiviti dan ibadah tak dapat saya realisasikan. tapi, bazaar ramadan akhirnya saya jejak juga semalam.

sampai sahaja di bazaar, saya punya teruja bagaikan terujanya Kurt Cobain melihat Rafeah Buang di saat pertama kalinya mereka bertemu. deep.


mata saya meliar.

ayam percik.

murtabak.

cendol pulut.

nasik kerabu.

kuey teow goreng.

kebab.


dan bermacam-macam lagi jenis makanan.


+++


akhirnya saya pun membuat keputusan untuk membeli murtabak daging terlebih dahulu. kerana ianya adalah salah satu juadah kegemaran saya di bulan ramadan.


"bang, murtabak daging dua."

sambil mengangguk, brader tersebut melipat-lipat kertas pembungkus murtabak saya.

"5 ringgit"



bila saya serluk saja poket saya, ahh. betapa terkejutnya saya bila mendapati bahawa dompet saya tak ada di dalam poket.

bagaimana saya nak membayar duit murtabak yang saya pesan tadi? bagaimana?

saya punya panik ketika itu ibarat kapal terbang termati enjinnya di tengah-tengah lebuhraya langit. highly panic.

bila saya ingat-ingatkan kembali di mana saya letakkan dompet saya, barulah saya teringat yang saya tertinggal dompet saya di rumah.

-.-

jadi, dengan perasaan berlumur kekecewaan saya ungkapkan juga kata-kata hampa terhadap brader tersebut.


"bang cancel lah bang."




p/s : kini saya belajar bagaimana nak tangani nafsu dengan stedinya supaya tidak lagi terjebak dalam scene orang tamak selalu rugi. 

6 ulasan:

Izzaty Ishak berkata...

Aisehmen, kena tertinggal dompet selalu ni.

HAHAHAHAHAHA

wannurfazrini berkata...

hahha good tips lah babe tp mcm malu je tetiba cancel hahaha

fairuz alwani berkata...

rasa macam buang masa,pergi bazaar tak bawak duit. sadisssss.

Just.wanie berkata...

seyesly , buang masa dan tenaga . duduk rumah bukak jejak rasul lg best .
haha !

Ziro berkata...

deep benor

Wadi AR berkata...

aku kadang kadang je g bazar