Pastinya aku adalah bapa yang penyayang.
HIHIHI.
***
"Abah, Abah nak dengar satu citer tak?" Teriak anak aku sambil berlari-lari menuju ke arahku.
"Okeh, cer citer cer citer" Balas aku dengan tangan naik ke atas buat gaya serupa Usop Wilcha.
"Tadi
kan, tadi kan, ada orang bagi surat dekat Alif, Alif tak bukak lagi
surat tu. Alif nak abah bacakan boleh tak?" Tercungap-tercungap anak aku
cerita satu per satu. Aku mengangguk tanda mengerti, walaupun flow
cerita tersengguk-sengguk.
"Okeh, meh sini abah
bacakan, tapi sebelum tu biar abah check dulu surat apa ni." Jawab aku
sambil Alif hulurkan surat yang sampulnya berwarna merah jambu, bertulis
'Kepada Alif Si Jantung Hati'.
Meletup-letup tanda
tanya dalam fikiran aku. Apakah Alif sudah punya 'secret admirer' pada
usianya yang seawal ini? Aku dulu pun hanya ketika naik ke darjah 5 baru
terima surat-surat begini, itu pun aku jadi posmen orang tengah, tolong
hantarkan surat cinta Baharom untuk Si Kornah. Tapi Alif, mahasiswa
yang baru sahaja graduated dari Taska Abim minggu lepas, sudah punya
peminat?
Mungkin inilah maksud teori Young Manly yang
aku baca dalam buku 'Bagaimana Mahu Menjadi Lelaki Sejati' ketika
singgah di MPH, Midvalley minggu lepas. Modal seorang lelaki terletak
pada kebijaksanaannya. Mulanya aku tidak percaya, tapi nampaknya Alif
lah mekanisme yang terbaik untuk meningkatkan tahap kebolehpercayaan aku
terhadap teori ni.
Aku buka lipatan sampul yang berwarna merah jambu itu. Ternyata bau suratnya harum semerbak sebaik dikeluarkan dari sampul itu.
Membuntang mata aku meniliti setiap bait ayat yang terkandung dalam surat itu.
Ini bukan surat biasa!
Akhirnya sampai juga surat ini kepada kau, YA, surat ini aku tulis
sebagai wakil kepada Angkatan Wanita Pelilit Tudung Hana Tajima
(AWATNYA). Kami cukup terkilan bila kau kata kami berdiri depan kamera
dan camwhore ourself dengan muncungan 360 darjah itu. Sungguh. Itu sama
sekali tak pernah kami buat, malah fitnah semata-mata! Memang betul apa
cakap kau, tabarruj. Tapi at least kitorang pakai tudung. Tak
macam perempuan lain yang free hair tu. Lagipun, lelaki selalu sangat
tegur perempuan supaya jaga aurat, jaga aurat. Yang lelaki tu! Main
bola, tak ingat nak pakai seluar panjang lepas lutut. Sama-sama kawan
lelaki pun aurat kena jaga tau! HAH! Jadi aku harap, lepas ni kau
hati-hati dengan tulisan kau. Jangan kerana kepentingan, kau sakitkan
hati para pembaca kau! Ingat tu! Dan jangan sampai anak kau jadi mangsa
perbalahan ini!
Sekian,
Shasha Qila, anak Tan Sri Mohed.
Ternyata
sampul merah jambu, bau harum semerbak, hanyalah semata-mata untuk
melapik isi hitam kandungan surat tersebut. Tiba-tiba hati aku rasa
berat. Apa yang aku tulis? Apa yang aku taip? Apakah semua itu salah?
Aku
menghempas punggung di kusyen rotan buatan arwah Ayah. Perlahan-lahan
aku terjun ke dalam kolam lamunan fikiran. Aku sedar, permainan 'at
least' semakin berleluasa dalam masyarakat. Inilah permainan syaitan
yang kita langsung tidak perasan. Apakah Islam yang kita perlu cari
secara ad-Din ini cukup dengan hanya sekadar laungan 'at least'??
Mungkin ini masanya untuk aku bermuhasabah semula dan 'menembak' diri sendiri kerana gagal menyampaikan yang terbaik.
End.
*Ini
sekuel kepada post, Oppa Azamhyuk dan Papadom Hangusnya. Semua di sini
hanyalah rekaan semata-mata dan banyak merapu-merabannya untuk sampai ke
mesej sebenar(Eh ada mesej ka?) Hehehe.