Memaparkan catatan dengan label Lalat Hinggap. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Lalat Hinggap. Papar semua catatan

18.5.12

Column Lalat Hinggap 3

Andai waktu bisa diundur,
akan aku ubah hikayatnya,
biar cantik perjalanan,
biar sedap dibaca,
biar bisa aku bayangkan, dan kelaskan ia 'Saham Akhirat Kelak'. Untung.

Tetapi tidak.

Dosa-dosa itu, harapnya terus terlipat kemas,
jangan terbuka, takut hati berombak,

Hidayah, manikam yang paling bernilai. Siapa yang mahu kehilangannya?
Dan manikam itu pula, harus digilap, harus sentiasa dijaga rapi, agar ia terus memancarkan kilaunya, dan pula, sang jauhari bisa mengenal kilaunya itu.

Mari, carilah manikam itu, bukan duduk melenggang kaki, menunggu ia hadir bergolek di depan mata.

:)

So, Beat jahiliyyah today and Move forward!

Manikam.

9.5.12

Column Lalat Hinggap 2

Dan sayap-sayap aku lebarkan
lonjak kaki sedia berlepas
bunyi 'kuik kuik' aku lirikkan di mulut
perlahan-lahan sayap aku naik ke atas, turun kebawah, naik ke atas, turun ke bawah
dan kini semakin laju
tanda aku sudah menjejak langit
kaki tiada lagi berpijak
 mungkin sudah
tiba,
aku lihat bagaimana celotehnya manusia
dari atas langit
kerana imagin boleh jadi apa saja,
yang aku suka, yang aku bayangkan,
tapi realisnya aku tersiksa,
aku terbeban, bukan yang aku suka,
bukan yang aku bayangkan.
penduduk langit,
mereka yang setia.
-Tiada sayap ; terbang-
aljambz

18.4.12

Menengok ibukota.

Dan seperti yang sudah dijangka, tak ada yang istimewanya bila berada di ibukota. Yang ada cuma budak-budak Melayu dengan tudung hana tajimanya, budak-budak Paviliyen dengan D-Yeselar nya, budak-budak fixie dengan basikal warna-warninya, brader-brader korporat dengan bagasi dan tie mickey mousenya serta lalulintas yang nok'orooommm punya sesak.

Esok aku dah nak balik, AHAHA.



Kotaraya Sarat

dalam kalutnya kota waktu itu,
mereka jejakkan kaki langkah menerpa
seorang ibu bunting menggendong anak 
dalam monorel melencong ke bandar
dia sedar akan kalutnya kotaraya
lalu tidak menyukari orang lain

wahai, momen riuh ini jarang mereka jumpa
di kampung ayam itik dibela
bunyi angsa merisik
bunyi lembu dipinang
padi-sawah kuat di qalbu

aku pula
dahagakan secawan sirap
buatan ibu aku,
yang diletaknya 2 camca gula,
2 titik pati sirapnya,
kedalam secawan air kosong,
lalu dikacaunya penuh kejam,
sambil perlahan-lahan dia masukkan racun,

ja, racun kasih sayang - nya
jadi aku mahu balik, balik dari saratnya ibukota

-aljambz-
kini di kajang
18/4/12

12.4.12

Column Lalat Hinggap #2

Dihambur nafas dari qalbu,
kudrat rimau berkembang mekar,
tak mahu,
dan tak akan berundur,
dari terus menyantun membangkang yang tak patut,
biar bergelen caci maki disimbah,
biar berjuta hina kami di sini,
tapi tinggi dirgahayu kami,
perjuangkan Bahasa ini,
ya, Bahasa Hang Tuah, takkan Melayu hilang di dunia.


Yang ini pendek sahaja. Harap-harap sang-sumber-inspirasi(orang lejen dalam arena puisi) membaca dan menilai dengan penuh ikhlas dari relung nurani.
:D Ilalliqa'

4.4.12

Column Lalat Hinggap.

Langkah aku terasa disekat. Sedangkan lantainya hanya minyak pelincir yang tertumpah. Licin.

Mudah, sepatutnya. Tapi entah, susah. Ganjil.

Aku siasat. Ooohhh.

Rupanya minyak pelincir itu jenamanya Dunia.

Patutlah selangkah pun aku tak melangkah.

Oohhhh.