9.5.12

Column Lalat Hinggap 2

Dan sayap-sayap aku lebarkan
lonjak kaki sedia berlepas
bunyi 'kuik kuik' aku lirikkan di mulut
perlahan-lahan sayap aku naik ke atas, turun kebawah, naik ke atas, turun ke bawah
dan kini semakin laju
tanda aku sudah menjejak langit
kaki tiada lagi berpijak
 mungkin sudah
tiba,
aku lihat bagaimana celotehnya manusia
dari atas langit
kerana imagin boleh jadi apa saja,
yang aku suka, yang aku bayangkan,
tapi realisnya aku tersiksa,
aku terbeban, bukan yang aku suka,
bukan yang aku bayangkan.
penduduk langit,
mereka yang setia.
-Tiada sayap ; terbang-
aljambz

Tiada ulasan: