jika ditanya tentang persiapan,
tak pernah siap,
kata orang putih 'at least'
'at least' retilah
ramadhan,
mulia-nya,
haibah-nya,
perlaburan-nya,
pulangan-nya,
tawaran-nya,
hasil-nya,
puasa,
syarat-nya,
rukun-nya,
yang membatalkan akan-dia,
ubudiyyah-nya,
tawajjuh-nya,
sekatlah mata,
pejamlah telinga,
pagarlah mulut,
dari yang sia, dari yang durja,
terbanglah sayap Ramadhan,
jangan bertoleh lagi.
"Sampaikan kami, sampaikan kami, sampaikan kami"
Memaparkan catatan dengan label puisi. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label puisi. Papar semua catatan
22.6.14
19.1.14
Puisi rakyat marhein yang hidupnya kais pagi makan pagi, kais petang makan petang.
Tuhan turunkan hujan,
rahmat.
Berapa titis hujan,
ilmu Tuhan.
Berapa gelen air mandi setahun,
kira sendiri.
Balik-balik, minyak naik,
balik-balik, gula naik,
balik-balik, karen naik,
balik-balik, kiub ais naik,
balik-balik, tambang bas naik,
budak sekolah,
tak balik-balik.
Mujur ada juga benda yang turun.
K K.
rahmat.
Berapa titis hujan,
ilmu Tuhan.
Berapa gelen air mandi setahun,
kira sendiri.
Balik-balik, minyak naik,
balik-balik, gula naik,
balik-balik, karen naik,
balik-balik, kiub ais naik,
balik-balik, tambang bas naik,
budak sekolah,
tak balik-balik.
Mujur ada juga benda yang turun.
K K.
8.1.14
Puisi dulu - dulu , buat aku nak ingat - ingat.
#1
binasa,
mereka-mereka itu,
yang berdiri megah,
menindas para fakir,
bermodal pangkat dan kuasa.
celaka,
mereka-mereka itu,
tidak tahu peri,
mahu mengambil hak,
lalu amanah mereka najiskan,
dengan sesuka hati.
durjana,
mereka-mereka itu,
yang menikahi duit haram,
menyandiwara serupa lahanat,
agar bisa gah di dunia.
aku, hanyalah manusia biasa,
yang menjadi mangsa,
MEREKA-MEREKA ITU.
#2
Binalah pencakar langit setinggi-tinggi,
banglo semewah-mewah,
namun akhirnya,
di luar jendela,
kau tetap pingin menatap wajah indah ciptaan tuhan.
Pohon menghijau tidak pernah mengecewakan.

28.10.13
Cerita Hari Ini, Esok dan Semalam.
I
Bercerita tentang ni'mat Tuhan, tak akan pernah cukup nafas.
dimana pergi syukur , seteleh Tuhan beri engkau ni'mat berdengkur?
sering sahaja lupa. kan?
II
Bercerita tentang Rasulullah , hati tidak pernah tidak berbunga,
kisah apa lagi yang sarat i'tibarnya ,
dengarlah Syama'il, bacalah khoso'is,
tenggelam dalam laut Cinta. kan?
III
Bercerita tentang Bajet 2014,
"kurangkan manis dalam minuman."
Stedi.. Stedi...

8.5.13
Dari gelap - menyinar cinta.
Di saat umat meraba dalam kelam, Tuhan hadirkan purnama.
Dialah yang dirindui, yang dicintai,
yang didambakan, yang diidamkan,
yang menyelamat, yang tersemat,
yang disayangi, yang dikasihi - oleh seluruh alam dan makhluk.
Islam, Iman, dan menjadi umat Muhammad ﷺ.
Apa lagi nikmat yang lebih besar dan lebih patut disyukuri dari tiga nikmat ini?

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ
19.12.12
Puisi buat para penzina, penghampir zina dan kerajaan zina.
menyimbah cahya seindah boleh,
buat manusia yang sarat nestapa,
tanpa berkira, tanpa mengira,
cuma yang durjana berbuat durjana,
memilih purnama menjadi saksi,
intim mereka - khalwat mereka,
tanpa berkira, tanpa mengira,
bahwa purnama cuma saksi ke berapa.
9 bulan - Lahir anak - tendang tingkat 9,
kerajaan tepuk dahi jauh mengelamun,
Tuhan sudah bilang,
ada jinayah hukum manusia bendung,
ada jinayah hukum tuhan bendung.
Terpulanglah.
7.11.12
Syair para Imam.
Antara kelebihan yang dikurniakan Allah Azza wa Jalla kepada Imam Syafie Rahimahullah adalah kehebatannya dalam bersyair. Imam Syafie banyak menghafal syair-syair dan matan-matan ilmu bahasa, menjadikan beliau sangat dalam ilmunya tentang syair dan sastera bahasa Arab.
Syair juga antara ranting(cabang) dalam PUISI.
Alangkah indahnya, jika setiap puisi yang kita jahit, jahitannya kita sulam dengan benang Islam, perjuangan, ukhuwwah dan kecintaan kepada Rosul seperti yang disulam di dalam syair-syair Bahasa Arab dan qasidah-qasidah yang dilaungkan.
Syair-syair dalam Bahasa Arab ini jika diterjemahkan maknanya, maka indah beninglah bahasanya, lidah mengungkap tanpa gagap, hati mencurah-curah rasa sayu.
Sungguh.
Antara pengkarya syair yang paling saya gemari adalah Imam Syafie(Rahimahullah) dan syair yang paling kerap saya dengarkan adalah, syair 'Berkelanalah'.
Apa kata Imam Syafie dalam syairnya?
Dan tiadalah duduk setempat bagi orang cerdik dan beradab itu dianggap sebagai rehat # Tinggalkanlah tanah air dan mengembaralah,
Berkelanalah, engkau akan ketemui ganti kepada apa yang engkau tinggalkan # Berusahalah, kerana keindahan hidup itu ada pada berpenat-penatan.
Aku melihat air yang tenang bertakung, pastikan keruh # Sekiranya ialah mengalir, ia akan baik, sekiranya ia tidak mengalir, tercemar.
Singa sekiranya tidak keluar daripada kepompong dunianya, nescaya tidak akan membaham # Anak panah, kalau tidak berpisah dengan busurnya, nescaya tidak akan mengena sasaran.
Matahari sekiranya tidak bergerak daripada orbit selama-lamanya # nescaya akan bosanlah manusia, Arab dan ‘Ajam
Emas hitam (di dalam tanah lombong lagi) adalah sama seperti tanah biasa sekiranya tidak dikeluarkan # Dan kayu ‘aud (dibuat minyak wangi/gaharu-sic) sekiranya kekal di tanah, maka samalah seperti kayu biasa.
Jika (kayu ‘aud) itu dikeluarkan, maka hebat dan tinggilah permintaannya # dan jika (emas tanah hitam) itu dikeluarkan, maka hebatlah ia seperti (menjadi) emas.
Suatu ketika Imam Syafie ditanya tentang dalil wujud Allah, maka jawabnya dalam sebuah syair,
Sebuah lagi syair Imam Syafie yang begitu halus perbicaraannya adalah diungkap beliau ketika ajal semakin hampir menemuinya, tanya muridnya "Bagaimana keadaan mu wahai guru?" , Jawab Imam Syafie "Aku telah bersiap-siap untuk meninggalkan dunia, meninggalkan para saudara dan teman, mulai meneguk minuman kematian, kepada Allah zikir terus terucap. Sungguh, demi Allah, aku tidak tahu, apakah jiwaku akan berjalan menuju syurga sehingga perlu aku ucapkan selamat atau sedang berjalan menuju neraka sehingga aku harus berkabung?" Lalu ia menangis seraya mengadu kepada Allah,

ما في المقامِ لذي عقلٍ وذي أدبِ مِنْ رَاحَة فَدعِ الأَوْطَانَ واغْتَرِبِ
سافر تجد عوضاً عمَّن تفارقهُ وَانْصِبْ فَإنَّ لَذِيذَ الْعَيْشِ فِي النَّصَبِ
إني رأيتُ وقوفَ الماء يفسدهُ إِنْ سَاحَ طَابَ وَإنْ لَمْ يَجْرِ لَمْ يَطِبِ
والأسدُ لولا فراقُ الأرض ما افترست والسَّهمُ لولا فراقُ القوسِ لم يصب
والشمس لو وقفت في الفلكِ دائمة لَمَلَّهَا النَّاسُ مِنْ عُجْمٍ وَمِنَ عَرَبِ
والتَّبْرَ كالتُّرْبَ مُلْقَى في أَمَاكِنِهِ والعودُ في أرضه نوعً من الحطب
فإن تغرَّب هذا عزَّ مطلبهُ وإنْ تَغَرَّبَ ذَاكَ عَزَّ كالذَّهَبِ
Dan tiadalah duduk setempat bagi orang cerdik dan beradab itu dianggap sebagai rehat # Tinggalkanlah tanah air dan mengembaralah,
Berkelanalah, engkau akan ketemui ganti kepada apa yang engkau tinggalkan # Berusahalah, kerana keindahan hidup itu ada pada berpenat-penatan.
Aku melihat air yang tenang bertakung, pastikan keruh # Sekiranya ialah mengalir, ia akan baik, sekiranya ia tidak mengalir, tercemar.
Singa sekiranya tidak keluar daripada kepompong dunianya, nescaya tidak akan membaham # Anak panah, kalau tidak berpisah dengan busurnya, nescaya tidak akan mengena sasaran.
Matahari sekiranya tidak bergerak daripada orbit selama-lamanya # nescaya akan bosanlah manusia, Arab dan ‘Ajam
Emas hitam (di dalam tanah lombong lagi) adalah sama seperti tanah biasa sekiranya tidak dikeluarkan # Dan kayu ‘aud (dibuat minyak wangi/gaharu-sic) sekiranya kekal di tanah, maka samalah seperti kayu biasa.
Jika (kayu ‘aud) itu dikeluarkan, maka hebat dan tinggilah permintaannya # dan jika (emas tanah hitam) itu dikeluarkan, maka hebatlah ia seperti (menjadi) emas.
Syair Imam Syafie - Berkelanalah. Kelik 'Play', jauh sekali untuk timbul rasa menyesal dalam hati kalian.
:)
Suatu ketika Imam Syafie ditanya tentang dalil wujud Allah, maka jawabnya dalam sebuah syair,
"Allah. Rabb-ku, aku tidak menginginkan selain-Nya
Apakah dalam wujud ini ada hakikat selain Dia.
Burung bertasbih kepada-Nya, sementara binatang liar
mengagungkan-Nya,
Ombak membesarkan-Nya, dan Yu bermunajat kepada-Nya,
Semut di bawah karang yang bisu mensucikan-Nya
Sementara lebah mengucapkan tahmid di sarangnya,
Sementara manusia bermaksiat kepada-Nya, tapi Dia menutupi
(aib) mereka
Dan hamba lupa, namun Allah tak pernah melupakannya."
Sebuah lagi syair Imam Syafie yang begitu halus perbicaraannya adalah diungkap beliau ketika ajal semakin hampir menemuinya, tanya muridnya "Bagaimana keadaan mu wahai guru?" , Jawab Imam Syafie "Aku telah bersiap-siap untuk meninggalkan dunia, meninggalkan para saudara dan teman, mulai meneguk minuman kematian, kepada Allah zikir terus terucap. Sungguh, demi Allah, aku tidak tahu, apakah jiwaku akan berjalan menuju syurga sehingga perlu aku ucapkan selamat atau sedang berjalan menuju neraka sehingga aku harus berkabung?" Lalu ia menangis seraya mengadu kepada Allah,
"Tatkala hatiku mula mengeras, sementara mazhabku mula menyempit,
Aku menjadikan satu-satunya harapanku tangga menuju kemaafan-Mu.
Dosa-dosaku mula membesar, maka tatkala aku bandingkan
Dengan pengampunan-Mu wahai Tuhanku, maka aku dapatkan
bahawa kemaafan-Mu jauh lebih besar
Selamanya Engkau adalah Zat yang Maha Pemaaf atas dosa-dosa,
Dan Engkau masih melimpahkan kemurahan hati untuk
memaafkan sebagai tanda kemurahan dan penghormatan."
***
Jika puisi tidak setanding syair para imam, tidak mengapa, malah sememangnya tidak mungkin akan layak untuk menandingi, kerna puisi kita ini, datang dari hati yang kotor penuh durjana, masakan bisa, apa yang terungkap, apa yang terluah, sempurna seperti bicaranya malaikat.
Teruslah berpuisi. Sulam Islam di dalamnya. Walau tiada manfaat buat orang tapi manfaat diri sentiasa bersinar. Biidznillah.
---
Allahummasolli'alasayyidinaMuhammad.
Semoga beroleh manfaat.
Hamba yang fakir lagi berhajat kepada Tuhan yang Maha Terkaya.
aljambz
2.11.12
Bertatihlah sayang..
Walaupun punya misai dan sejemput janggut,
kau tetap manusia, hamba, fakir, bodoh,
kau tetap tidak dapat lari dari kekacauan jiwa,
hadirnya air mata untuk melembutkan,
kata Nabi SAW, - Kuranglah ketawa, banyakkan menangis.
Tidak kira ego setinggi bangunan pencakar langit 88 tingkat,
tetap sahaja jauh di sudut hati.. (Lagu Jauh Di Sudut Hati : Sudirman tiba-tiba kedengaran dari corong radio)
kau perlu biarkan kekecewaan terhapus dengan air mata.
Marilah bertatih sayang, Allah sedang menunggu mu.

26.9.12
Tipikal bila musibah datang menimpa.
Bayangkan bait-bait hujan datang mencium diri,
pasti saja kau bertempiaran mencari atap,
habis kemeja basah, seluar kuyup,
kau salahkan hujan.
Maka berdentumlah.
Kau salahkan hujan atau kau salahkan tuhan?
pasti saja kau bertempiaran mencari atap,
habis kemeja basah, seluar kuyup,
kau salahkan hujan.
Maka berdentumlah.
Kau salahkan hujan atau kau salahkan tuhan?
18.4.12
Menengok ibukota.
Dan seperti yang sudah dijangka, tak ada yang istimewanya bila berada di ibukota. Yang ada cuma budak-budak Melayu dengan tudung hana tajimanya, budak-budak Paviliyen dengan D-Yeselar nya, budak-budak fixie dengan basikal warna-warninya, brader-brader korporat dengan bagasi dan tie mickey mousenya serta lalulintas yang nok'orooommm punya sesak.
Esok aku dah nak balik, AHAHA.
Esok aku dah nak balik, AHAHA.
Kotaraya Sarat
dalam kalutnya kota waktu itu,
mereka jejakkan kaki langkah menerpa
seorang ibu bunting menggendong anak
dalam monorel melencong ke bandar
dia sedar akan kalutnya kotaraya
lalu tidak menyukari orang lain
wahai, momen riuh ini jarang mereka jumpa
di kampung ayam itik dibela
bunyi angsa merisik
bunyi lembu dipinang
padi-sawah kuat di qalbu
aku pula
dahagakan secawan sirap
buatan ibu aku,
yang diletaknya 2 camca gula,
2 titik pati sirapnya,
kedalam secawan air kosong,
lalu dikacaunya penuh kejam,
sambil perlahan-lahan dia masukkan racun,
ja, racun kasih sayang - nya
jadi aku mahu balik, balik dari saratnya ibukota
-aljambz-
kini di kajang
18/4/12
4.4.12
Terkesan, tetamu senja.
Kita datang ini hanya sebagai tetamu senja
Bila cukup detik kembalilah
Kita kepadanya
Kita datang ini kosong tangan kosong dada
Bila pulang nanti bawa dosa bawa pahala.
-Tetamu senja, A. Samad Said-
Saya tak qopi penuh puisi tetamu senja ini, tetapi saya qopi, rangkap awal dari puisi tersebut yang sangat buat saya terkesan bila membacanya.
Padu.
Datang hanya sebagai tetamu senja yang sudah hujung-hujung harinya nak ke malam. Sampai pula waktunya nanti, kita dijemput pulang, dengan rahmat-Nya. Datang kita sebagai tetamu itu, hanya dengan tangan kosong. Dan bila kembali nanti, kita bawa dosa dan pahala bersama-sama menuju Tuhan.
Semoga semuanya sudah siap-siaga, supaya tidak nanti termengah-mengah, tercungap-tercungap di depan Sang Pencipta. Bila ditanya, Apa Yang Kamu Buat Ketika Di Dunia Sana?
.......
Senyap.
9.9.11
sejarah (puisi)
sejarah,
wahana vital penyatu bangsa,
penguat ikatan,
perapi simpulan,
pada lidi yang dikumpul,
terus kukuh, sukar dipatah-patahkan.
biarpun,
sudah 1001 prakarsa dianjur,
namun masih tidak mampu menumpaskan,
duri dalam daging,
yang sentiasa mencucuk-mecucuk,
perlahan demi perlahan.
dan akhirnya,
oligasi perpecahan mula menular,
dalam jiwa rakyat bumi Melayu,
bagai virus epidemik.
13 Mei kembali,
membawa sinar hitam,
demi melunas dendam.
tika itu, sejarah tidak bermakna lagi,
hanya darah menjadi penyelesaian.
-tammat-
wahana vital penyatu bangsa,
penguat ikatan,
perapi simpulan,
pada lidi yang dikumpul,
terus kukuh, sukar dipatah-patahkan.
biarpun,
sudah 1001 prakarsa dianjur,
namun masih tidak mampu menumpaskan,
duri dalam daging,
yang sentiasa mencucuk-mecucuk,
perlahan demi perlahan.
dan akhirnya,
oligasi perpecahan mula menular,
dalam jiwa rakyat bumi Melayu,
bagai virus epidemik.
13 Mei kembali,
membawa sinar hitam,
demi melunas dendam.
tika itu, sejarah tidak bermakna lagi,
hanya darah menjadi penyelesaian.
-tammat-
28.8.11
ramadhan berlalu.
30 bagi aku tidak cukup,
belum pun dosa ku yang berpukal ini dilunaskan,
pahala ku belum cukup ku kailkan,
kini kau pergi.
siapa tahu ajal sampai,
mungkin ini saat terakhir,
aku menulis.
moga aku bertuah,
dipilih lagi untuk bersama.
- tammat -
26.8.11
puisi buat mu.
di saat malam mula merangkak tiba,
ku tatap kening Sungai Kerian,
pernah menjadi saksi saat aku melamar dikau,
betapa melankoliknya oligasi cinta kita berdua.
tiba-tiba,
wajah mu tersinar pada cermin keruh air.
Nostalgia yang kita ukir bersama bertaut seperti kiambang,
aku rasakan lautan derita memenuhi jiwa.
mengapa bisa terjadi perpisahan ini,
di saat aku terkapai-kapai memerlukan mu,
oh sayang, benar tuhan menyanyangi mu.
maut mu lekas ditarik sebelum aku.
putera kita kini digendong aku berseorangan.
rindu padamu takkan pernah henti.
kerna tuhan jadikan kau untuk aku.

Langgan:
Catatan (Atom)