5.1.17

5 scene hang patut sedih dalam filem 'Dangal'

Baru-baru ini aku ada peluang dan masa sikit untuk pergi menonton filem Dangal arahan Aamir Khan. Menyorot kembali derita dan kepayahan mengharung kertas peperiksaan petang itu, pada sebelah malam aku dan kawan-kawan mengambil inisiatif untuk memujuk kembali hati dengan menonton filem yang sedang deras dibualkan oleh mulut-mulut netizen.

Untuk mengulas tentang plot cerita dan bagaimana perkembangannya, aku yakin sudah ramai netizen yang menyentuh isu plot filem ini bahkan mereka lebih arif dan power dalam mengulas tentang plot filem tersebut. Betul, memang setiap scene yang dibawa oleh Dangal adalah fresh, realistic dan 'make sense'. Dan bagi insan-insan seperti aku yang suka benar mempersoalkan tentang kesalahan, logika, dan kesesuain satu-satu scene dalam filem-filem yang aku tengok, jadi serba terkelu dan mati akal pada malam menonton filem itu. Bagai orang mengantuk, diberi kopi, tak jadi tidur! Langsung tak ada apa yang nak aku isu dan persoalkan. Cukup rasa dan just nice.

Ok, kalau hang nak baca tentang plot dan review filem, hang boleh pi cari blog lain.

Yang aku nak bawakan adalah 5 scene yang hang patut sedih bila tengok filem Dangal. Tapi kalau hang tak sedih, ikut suka hang lah.

1. Scene Geeta & Babita dipaksa potong rambut. Bagi aku scene ni berjaya menyentuh perasaan bila mengenangkan tentang benda precious bagi seorang perempuan diragut hanya kerana mahu memenuhi impian seorang ayah yang sudah lama dipendam.



2. Scene lepas kejadian Mahavir tampar budak bernama Omkar. Masa ni luahan perasaan dari si pengantin perempuan yang rasa Geeta dan Babita beruntung sebab dapat ayah yang concern tentang masa depan dan kemampuan depa, bukan hanya tipikal indian parent yang akan lepaskan anak perempuan depa di usia muda kepada mana-mana lelaki untuk dijadikan isteri dan suri rumah sepenuh masa di dapur.



3. Scene Geeta belasah Mahavir semasa 'unofficial match' untuk buktikan teknik siapa yang lebih betul. Scene ni kalau hang ingat ayah kat rumah, memang padu dia punya kepiluan dia.



4. Scene perbualan telefon antara Mahavir dan Geeta yang menyesal atas perbuatan dirinya. Yang ini, antara yang aku kalah juga. Cukup dengan tangisan dua belah pihak, tak perlu apa-apa perbualan, hang dah boleh baca, hadam dan merasai kesedihan scene tersebut. Memang syahdu.



5. Yang ni last scene which is yang paling win bagi aku. Scene ketika Geeta menang dan Mahavir ungkapkan satu perkataan "I'm proud of you", perkataan yang ditunggu-tunggu selama ini, cukup untuk menjadi penutup filem Dangal ini.



...





Overall Rating,

9.2/10

:') Selamat menonton!


...

Sempena 2017 ini, aku akan menulis dan berkongsi banyak benda lagi di sini. InsyaAllah, doakan.


Tiada ulasan: