16.1.15

Cerita Hashim Yenuwa bangkit menewaskan makhluk asing bernama Jahiliyyah.

Tiada bintang malam itu. Tiada bulan malam itu. Sambil menghirup secawan Nescafe Mild 3 in 1, Hashim Yenuwa mengambil peluang semahu dan sekhusyuknya untuk menikmati suasana indah ciptaan Al-Kholiq. Segala kekusutan yang melanda sepanjang hari ini dihancurkan lumat oleh molekul-molekul kafein yang meresap ke dalam benak oesofagusnya.

"Ahh, penatnya malam ini" rungut Hashim Yenuwa dalam hati.

Sedang Hashim Yenuwa khusyuk menelan seteguk demi seteguk Nescafe Mild 3 in 1 nya itu...

Tiba-tiba, satu pancaran cahaya terang benderang menerjah masuk ke dalam kornea mata milik Hashim Yenuwa.

Datangnya cahaya itu dari ruang angkasa yang sedang ditatap Hashim Yenuwa. 

Matanya membuntang luas.

"Apa benda tu?" Bisik hati besarnya sambil waktu itu, cecair inkuiri dan adrenalin mula melimpah-limpah dirembeskan oleh kelenjar buah pinggangnya, menunjuk alamat bahawa dia begitu ingin tahu dari mana datangnya cahaya itu tetapi pada masa yang sama, disogok dengan perasaan serba tak sedap hati.

"HAHAHA"

Bunyi ketawa, kedengaran dari piring terbang yang baru sahaja selesai mendarat betul-betul di hadapan rumah peninggalan ibu Hashim Yenuwa. Ada sesuatu yang keluar dari piring terbang tersebut. Dia kaget.

"Ah, apakah ini? Benarkah apa yang aku lihat ini? Piring terbang? Ketawa siapa itu? Makhluk asing kah? Wujud kah makhluk itu?" Semakin deras pertanyaan demi pertanyaan menerajang kotak fikirannya.

"Aku lah. Aku lah, makhluk yang akan menewaskan iman engkau. Aku lah yang akan merosakkan amal perbuatan engkau. Aku lah yang akan kekalkan engkau di dalam keegoan engkau. Aku lah yang akan menjadi peneman ketika engkau inzal bermaksiat. Aku lah yang akan buat dunia pada engkau besar, akhirat pada engkau kecil. Tetaplah bersama aku. Wahai, khalifah Tuhan bernama Hashim Yenuwa. Engkau akan aku sarungkan dengan pakaian rasmi Orang-Orang Jahil, jangan tuntut ilmu, mari kita kekal bersama, di dalam KEJAHILAN ABADI."

Hashim Yenuwa tersenyum.





........

Akan bersambung di lain waktu. Nantikan.



Tiada ulasan: