27.8.11

kisah sebak di kelas biologi aku petang tadi.

"raya mana tahun ni?" - sapa aku kepada Arif, rakan bersebelehan dengan aku.

"kampung la bro. Kedah." jawab Arif ringkas.

waktu itu, guru Biologi Pusat Tuisyen Alfa Bestari sedang khusyuk melukis gambar shoot tip yang bertindak balas terhadap phototropism atas sebab Auxin yang berkumpul di shaded region seterusnya menyebabkan elongation berlaku terhadap shoot tip tersebut.

ok, apa aku mengarut ni.

aku tanya lagi, "kampung hang jauh ka?"

"ada la dalam tiga jam dari sini."

tak sempat aku memberi respon apa-apa, Arif menambah lagi.

"aku dah tak sabaq nak balik esok. semalam tokwan aku tepon aku bak hang. dia kata dia rindu sangat dengan aku. ada jugak bunyi marah-marah dalam rindu dia tu. aku pun cakap la aku rindu dia gila-gila. aku rindu gila dengan dia punya asam pedas. perghhh"

kami berdua tersenyum lebar.

dalam hati aku, aku bermenolog sendirian mengenangkan kampung aku yang sudah tiada. tapi aku masih ada atok aku di rumah Mak Tam aku. rindu dengan atok aku mula berdetik.

setelah guru biologi selesai melukis gambar shoot tip tersebut, dia mula menerangkan secara terperinci tentang lukisan-lukisan yang dilukisnya tadi.

setiap bait titipan guru tersebut lancar. kami menggangguk tanda faham.

tuk tuk tuk.

tiba-tiba bunyi pintu kelas diketuk menerjah masuk ke gaung telinga aku dan kawan-kawan yang lain. cecair inkuiri mulai terbit dalam dada tanda ingin tahu yang teramat.

"assalammualaikum boleh saya jumpa dengan Muhamad Arif" kata wanita yang berkerudung merah bersulamkan baju kebaya tidak berbelah tengah match dengan warna tudungnya.

guru biologi menggangguk tanda setuju.

Arif pun menuju lekas ke wanita tersebut.

lama juga mereka berbincang.

dan akhirnya Arif menuju ke arah guru biologi, mungkin ada permintaan dari nya yang tidak dapat kami dengari.


selepas itu, dia datang ke arah aku, mengemas begnya yang terletak di sebelah tempat duduk aku.

aku tanpa segan silu, bertanya "weh kenapa?"

senyap. tak berbalas.

"Arif hang ok dak ni?" aku tanya lagi.






"tokwan aku meninggal"

sambil menitiskan air mata, Arif mengungkapkan kata-kata yang penuh dengan kesadisan.


aku terkejut. baru beberapa minit yang lepas, kami bercerita tentang sesuatu yang menggembirakan. tapi tiba-tiba segalanya berubah.

Subhanallah.

6 ulasan:

K I E R A berkata...

Ya Allah. Tak terkata.
Allah Maha Besar kan, hm.

Alfatihah.

Wadi AR berkata...

al-fatihah

Gadis Pantai Timur berkata...

Inalillah...kadang2 kita x tak sangka benda cmnie berlaku dlm hidup kite..sedih lah entri ni..

Puteri Iqa Izyan berkata...

semoga arif tabah hadapi dugaan ni~

takky berkata...

al-fatihah...
smoge tokwan dia brade dalam golongan yg beriman....
n harap arif tabah....

syaza nazura. berkata...

Innalillah...