20.8.11

redup.

pagi itu tenang teramat. burung berkicau-kicau terbang tanda keseronokan menikmati udara pagi itu. bunga pula mekar lancar dipanah dek sang mentari. embun pagi tadi masih belum luruh dari daun menghijau. mungkin kerana khusyuknya menikmati scene pagi yang jarang-jarang berlaku di bumi Palestin.

hari ini sudah masuk hari ke sembilan Haireen berkampung di Palestin. tugasan untuk Haireen menyiapkan penyelidikannya tentang keadaan di Palestin sudah pun sampai ke klimaks. mungkin dalam dua atau tiga hari lagi dia pulanglah ke tanah air.

pada saat itu juga, Haireen teringatkan kampung halamannya di Malaysia. Dia rindukan saat bersahur bersama ibu dan bapanya dan juga saat berterawih di sana.

bezanya di Palestin amatlah ketara. jika di Malaysia Syawalnya di sambut dengan penuh kemeriahan. berbeza di sini, Ramadan disambut gilang-gemilang, masjid penuh dan lampu-lampu perhiasan di pasang untuk menyambut Ramadan Kareem.

peh

+++

malam sepuluh terakhir. marilah sama-sama kita mengintai lailatul qadr malam 1000 bulan.


Allah.



p/s : jauh betei aku melalut sampai ke Palestin.

3 ulasan:

Wadi AR berkata...

aku igt kau dah sampai palestin

Ziro berkata...

peh

Umie Nadhirah berkata...

peh
lalutan yang berseni