17.9.11

percubaan.

cuba, aku cuba untuk menyentuh idea aku, aku cuba untuk menariknya keluar, tapi tidak seperti yang aku inginkan, dia tidak mahu keluar, dia tidak berani atau mungkin masanya belum sampai untuk dia keluar.

sudah 4 kali aku draft penulisan aku, dan semuanya tergantung di tengah-tengah kisah, aku tak tahu nak sambung apa dan aku saved, aku beredar dari komputer riba, aku ke dapur, dan aku meneguk air kosong.

selepas tu aku cuba untuk menulis semula. tapi ternyata idea aku masih tidak keluar.

aku berfikir sejenak, mengapa ya jadi begini?

dan selepas itu aku sedar.

bahawa hari selasa ini aku ada paper biologi untuk diperjuangkan dan sebab itulah idea aku takut untuk keluar. dia mahu beri ruang kepada neuron-neuron biologi menguasai diri aku.

doakan aku. doakan kejayaan aku.

Tiada ulasan: