7.12.11

Kisah Ayuna The Die Hard Fans.

Ayuna tersenyum. Melihat wajahnya yang baru sahaja di tacap oleh bedak berjenama Shurah. Apabila dia melangkah keluar sahaja dari rumah, dia disambut penuh lesu oleh seluruh alam. Burung pagi tiada, bunga mekar kecut, mentari pula berselindung di balik atap awan, mendung sahaja. Dia pelik, tapi apa dia peduli.

Misi untuk bertemu Nazmi Faiz Mansor harus disegerakan. Pemain yang telah menjemputnya untuk sama-sama menikmati Breakfast di hotel bertaraf 5 bintang. 

Ayuna meminati Nazmi sejak Sukan SEA yang lalu. Melihat gaya permainan Nazmi, cara Nazmi gentel bola, dan wajah Nazmi yang comel, membuatkan dia tidak tidur malam. Dan jika tidur pun, pasti mimpi bersama Nazmi jadi pilihan.

Sejak itu juga, skuad Harimau Malaya digila-gilakannya.Sering kali apabila perlawanan yang membabitkan Harimau Malaya, wall facebooknya pasti dipenuhi dengan status-status yang bertujuan untuk memberi semangat kepada Harimau Malaya, walaupun Harimau Malaya dibelasah 17 - 0 ketika itu.

Ayuna juga adalah salah seorang admin untuk page Kami Rakyat Malaysia Menyayangi Nazmi Faiz Mansor Ketat-Ketat yang dikelolakan sepenuhnya oleh pelajar-pelajar perempuan tingkatan 3 Sekolah Raja Perempuan Ulu Banat, jadi tidak hairanlah mengapa di segenap ruang biliknya, hanya gambar Nazmi sahaja yang terpampang.

Sesampai di hotel tersebut, Ayuna tersenyum, melihat Nazmi Faiz duduk bersama bodyguard-bodyguardnya di salah sebuah meja hotel. Dia tahu ini adalah peluang untuk dia seorang. Mana tidaknya, setelah seminggu bersusah-payah mencari nombor telefon Nazmi Faiz, akhirnya ketemu juga.

Ayuna  telah menipu Nazmi Faiz dengan mengatakan bahawa dia adalah seorang wartawan. Celaka, perangai tak ubah seperti budak-budak pavillion. 

Dengan penipuan itu, akhirnya tuhan telah menemukan Ayuna dan Nazmi.

"Hai Nazmi kan?"

"Hak ah, awak ke yang cakap nak temuramah saya tu? Mana kameraman?"

"Ini untuk majalah je, bukan tivi."

"ohh, jemputlah duduk."


Mereka berbual-bual dan sesekali Ayuna berperangai gatal dengan mengenyitkan mata apabila Nazmi memandangnya.

Tiba-tiba, hotel tersebut bergegar. Seluruh isi hotel panik, Nazmi bersama bodyguard-bodyguardnya yang bermisai lebat turut panik.

Ayuna juga tidak mahu ketinggalan sama untuk berasa panik.

Kaboooooooom!

Dengan kuasa tuhan, hotel tersebut runtuh, dari tingkat 20 sehinggalah ke tingkat bawah tanah. Semuanya musnah.


Keesokan harinya, tragedi malang ini menjadi trending dari surat khabar arus perdana sehinggalah ke laman Twitter. Tragedi tersebut pantas meniti dari bibir ke bibir rakyat Malaysia sehingga rakyat Indonesia sendiri melompat kegembiraan apabila mendengar berita tersebut.

Tetapi syukur, Nazmi Faiz dan bodyguard-bodyguarnya yang lain terselamat, tetapi Nazmi terpaksa berhenti dari bermain bola sepak buat selama-lamanya. Sadis.

Manakala, Ayuna.....



"Penyokong setia Harimau Malaya gagal dikesan" - Metro

"Ayah rindu anak tak balik-balik" - Berita Harian

"Diculik bunian atau menculik bunian?" - Harakah

"Pelajar sekolah hilang tertimbus" - Mastika

"Gara-gara kecomelan Nazmi Faiz" - Mangga




p/s : cerita ini sebenarnya aku crosslinekan dari aspek watak utama, watak yang diminati oleh watak utama, dan jalan ceritanya dari cerita Pengembaraan Shamim SuperJunior Ke Korea Selatan Dan Takdir Yang Telah di Tetapkan.

4 ulasan:

Wadi AR berkata...

tak payah nak nazmi faiz sangat

hiro berkata...

Scene Nazmi lempang budok Ayuna mana? Itu scene power.

Achilles Monoloules berkata...

nice, terima kasih,hahah.

cikghah ^_^ berkata...

best :)