18.4.12

Menengok ibukota.

Dan seperti yang sudah dijangka, tak ada yang istimewanya bila berada di ibukota. Yang ada cuma budak-budak Melayu dengan tudung hana tajimanya, budak-budak Paviliyen dengan D-Yeselar nya, budak-budak fixie dengan basikal warna-warninya, brader-brader korporat dengan bagasi dan tie mickey mousenya serta lalulintas yang nok'orooommm punya sesak.

Esok aku dah nak balik, AHAHA.



Kotaraya Sarat

dalam kalutnya kota waktu itu,
mereka jejakkan kaki langkah menerpa
seorang ibu bunting menggendong anak 
dalam monorel melencong ke bandar
dia sedar akan kalutnya kotaraya
lalu tidak menyukari orang lain

wahai, momen riuh ini jarang mereka jumpa
di kampung ayam itik dibela
bunyi angsa merisik
bunyi lembu dipinang
padi-sawah kuat di qalbu

aku pula
dahagakan secawan sirap
buatan ibu aku,
yang diletaknya 2 camca gula,
2 titik pati sirapnya,
kedalam secawan air kosong,
lalu dikacaunya penuh kejam,
sambil perlahan-lahan dia masukkan racun,

ja, racun kasih sayang - nya
jadi aku mahu balik, balik dari saratnya ibukota

-aljambz-
kini di kajang
18/4/12

1 ulasan:

Wadi AR berkata...

buat ape kat situ?