9.4.12

Pengalaman senyum sampai telinga.

Dulu ketika zaman pasca-ketadikaan aku, waktu paling mantap nak pergi surau ikut member-member solat jemaah adalah hari khamis malam jumaat. Datang maghrib, sementelahan tu baca yassin dan terus bawak ke Isyak.

Sebabnya, hari khamis malam jumaat ni acapkalinya akan ada jamuan makan lepas waktu Isyak nun. Biasalah, zaman belum kenal 'money water', hal-hal seperti jamuan makan merupakan aktiviti mingguan yang sering ditunggu-tunggu oleh aku dan rakan-rakan. Walaupun hari tu adalah hari Jumaat, tapi kami tetap menunggu hari Khamis depannya dengan perasaan penuh berkobar-kobar sedangkan malam tadi baru saja pekena Buboq Lambuk 2 mangkuk. Aha!

Tapi biasanya, aku dengan member-member tak ada pun baca Yassin. Cuma solat maghrib saja yang kami tunaikan dengan kami sentiasa mengekalkan kejuaraan berada satu saf di hadapan berbanding budak-budak darjah 3 lain yang belum bersunat. Waktu tu memang cempiyen rasanya kalau dapat saf depan. Habis bagi salam, terus keluar surau dengan dada naik ke langit. Ahaha!

Budak-Budak.

Elok saja lepas semayang maghrib, masing-masing terus ke port biasa. Port di mana pembahagian kumpulan dijalankan. Siapa jadi polis, siapa jadi pencuri.

"Polis sentri, up to jaga, polis mati pencuri jaga!! Haaaa, hang jadi polis, hang jadi polis!"

Kalau ada 10 orang, maka 10 kali lah lagu tu dimainkan. Kadang-kadang tu dah sampai orang ke sembilan, lagu dia bunyi lain macam dah.

"Ok, kira sampai 20!"

Aku waktu tu dapat jadi pencuri. Haha, jadi pencuri ni yang sedaknya kita boleh pergi ikut suka. Tapi berdebor-debor jugaklah kalau time menyorok dalam pokok, tiba-tiba dengor tapak kaki dari belakang, kalih-kalih tadak apa. Eeeee.

Kali ni aku cari port yang tak pernah lagi sapa-sapa datang teroka. Sengaja aku nak bagi mencabar sikit team polis untuk hari ni.

Orait! Sampai.

Aku masuk menyorok senyap-senyap dalam port tu. Mantap dah ni.

Tiba-tiba aku dengor bunyi tapak kaki, heh ini mesti depa tengah cari aku ni, getus hati aku waktu tu.

"Haaaaaaa. Mak suruh pi surau kan semayang! Awat yang hang duk menyorok dekat sini?? Main, main?"

Hari tu, aku tak pergi jamuan makan pun. Telinga merah nak pergi apanya, kompem jadi bahan kutukan rakan-rakan. Rupanya aku menyorok dekat depan rumah aku. Manalah aku nampak time gelap-gelap nak cari port yang aku dah survey 2 hari lepas. Itu hari time aku survey port tu waktu siang, kena depan rumah si Esah, entoh macam mana malam ni kena depan rumah aku.

Aha, Allah bayar Cash!!!

---

Ilalliqa'!

3 ulasan:

Wadi AR berkata...

kire ok la tu kau nyorok dekat rumah. dok sorok dgn org lain baru tahu. haha

takky berkata...

nyorok blakang surau sudah....
hihihihhi

Salsabila berkata...

haha itulah, niat dah lari, kan dah kena piat telinga! :p