31.5.12

Pindah rumah.

 Lejen. (Gambar Hiasan)

Dalam 2,3 hari ini saya sangat sibuk. Sibuk saya mengalahkan sibuknya jalan-jalan raya di kota metrapolitan Jakarta yang sarat dengan kereta. Ya, sibuk saya ini adalah The King Of Sibuk.

Maka berangkatlah saya dari pelukan keluarga selepas ini. Akan berpindah ke rumah kedua. Rumah yang bakal menjadi saksi perjalanan sisa-sisa hidup saya dihabiskan.

Semoga segala kemudahan dikurniakan-Nya. Sungguh hanya Dialah Yang Maha Pengurnia, segala puji hanyalah untuk-Nya.

Di rumah ini, tersedianya bi'ah solehah yang insyallah akan saya manfaatkan sebaiknya. Juga suasana dakwah dan tarbiyah yang diterapkan, ya, sangat-sangat saya dambakan selama ini. Memang ekselen!

Cerita rumah baru ini akan saya ceritakan pada entri akan datang. Semoga jari-jemari masih kuat menekan papan kekunci.

Tiada ulasan: