31.10.12

Disebalik tabir.

Setiap inci kehidupan kita ini, sudah terlekat tintanya di dalam buku catatan di Luth Mahfuz, hanya Allah dan beberapa malaikat sahaja yang tahu akan isi kandungan di dalamnya.

Aku menulis ini.

Kalian pula membaca.

Na, itu semua sudah tercatat.


Tapi seramai mana yang tahu bahwa apa yang kita lakukan saat ini adalah bekas dari apa yang kita lakarkan sebelum ini.

Ada satu kisah,

Seorang pakcik di tempat saya. Sebelum ini jarang(malah mungkin tidak pernah) datang ke surau, bukanlah nak diceritakan bahwa saya ini rajin ke surau, tapi itulah, asal saya datang ke surau(walaupun sekali-sekala) tetap tak pernah jumpa pakcik ni.

Suatu ketika, saya dapat mesej dari anaknya "Mak aku dah takde, sedekahkan alFatihah ya"

Bergegas jugaklah saya hari tu hadirkan diri ke majlis pengkebumiannya.


------------ Al Fatihah ----------------




Tapi sejak itu, asal saya datang surau, antara orang yang selalu di saf hadapan adalah ayah rakan saya tadi. Sentiasa. Allah Allah. Betapa...




Kisah kedua,

Diceritakan oleh seorang Ustaz, dan salah seorang pendengar kepada ceramah Ustaz ini adalah saya, elok juga saya kongsikan bersama, semoga beroleh manfaat,

"Ada sorang pemuda ni, dia sudah berkahwin, kerjanya sebagai Pakar Komputer, mungkin sudah ada bisnes, tapi telah ditakdir Allah bisnesnya tadi jatuh bengkrap.

Hatinya gundah-gulana, rohaninya tak makan nasihat, jasmaninya lesu tak bermaya.

Tiba-tiba suatu hari, selisih pemuda tadi dengan seorang kanak-kanak, terdetik dalam hatinya untuk menyapa kanak-kanak tadi,

"Dik, adik ni dari mana dik?"

"Adik baru balik dari 24434 bangggg"


"Hah?"

Adik tadi terus berlalu pergi, mungkin inilah jalan tuhan menyedarkan hambaNya. Jenuh juga pemuda tadi memikirkan tentang nombor tadi selama berminggu-minggu.

Sampai lah suatu hari, dia terjumpa dengan seorang ustaz, diajukan pertanyaan pada ustaz tersebut tentang nombor yang merunsingkan benak fikirannya berminggu-minggu itu,

"Ustaz apa maksud nombor ni 24434?"

Ustaz mulanya melawak dengan pemuda tadi, "Oh lima digit, kalau 4 digit tadi boleh dah kita tikam tengok."

Hehe

Lama sedikit..

"Lah.. Yang tu pun kamu tak tahu? Itu rakaat solat kita yang Allah perintahkan, 2 rakaat subuh, 4 rakaat zuhur, asar, isyak dan 3 rakaat maghrib"

"Hak ah... Betulllah ustaz , macam mana saya boleh tak terfikir langsung tentang ni, Allah Allah"



---------------Ya Manan----------------


Sejak itu, pemuda tadi belajar solat, berubah dan mula menjaga solatnya semula.. Katanya, "Betullah, Allah itu Maha Adil. Kalau Dia tak bagi saya bengkrap, tentu saja saya tak pernah solat dan tak pernah pun datang ke surau ni"

+++


Tentu saja kisah-kisah ini saya bawakan bukan untuk hanya dibaca, tetapi moga-moga ianya berbekas di hati kita semua. Setiap apa yang kita lakukan saat ini, adalah hikmah-hikmah dari nikmat dan kesusahan yang Allah berikan sebelum ini.

Kematian. Kesusahan. Kekayaan. Kesenangan.

Siapa kita selepas itu?

;-)

1 ulasan:

May Maisarah berkata...

24434. Mendalam. =)