14.1.13

Memupuk chinta.



Muhammad bin Abdullah bukan manusia sebarangan - jiwanya besar hatinya kental. Insan inilah yang diutus Tuhan untuk membawa rahmat ke seluruh pelusuk alam. Insan yang menjadi tetamu istimewa sidratul mumtaha. Insan inilah juga penyudah kepada sekalian rosul dan nabi. Insan yang mencapai kedudukan Habibullah(Kekasih Allah). Insan yang namanya sudah tercatat di bawah 'arash Allah sejak lahirnya Adam dahulu.

Insan teristimewa. Insan yang dicintai.

"Tidak pernah mataku melihat insan yang lebih indah daripada mu;
Tidak pernah seorang wanita pun melahirkan insan yang lebih cantik daripadamu,
Engkau diciptakan oleh Allah terlepas dari setiap keaiban;
Seolah-olah engkau diciptakan sebagaimana yang engkau inginkan." -  Syama'il Muhammadiyah


Ya Badrotim.

Wajahnya jauh lebih purnama dari bulan purnama. Orangnya tidak terlalu tinggi - tidak pula terlalu rendah - Jika berjalan dengan mereka yang rendah maka Nabiyyuna kelihatan tinggi - jika berjalan dengan mereka yang tinggi pula maka Baginda kelihatan rendah sedikit daripadanya. Insan ini berjalan laju - jalan pada bumi datar umpama jalan seperti menuruni bukit. Beza kita.

Tawadhuk - Jalan Baginda banyaknya tunduk ke bawah - sehinggakan pandangannya ke bumi lebih banyak dari pandangannya ke langit. Juga apabila ada sahabat berjalan, maka Bagindalah yang akan berjalan dibelakangnya & apabila berselisih dengan sahabat yang lain maka Baginda lebih dahulu memberi salam.



Ya Thoybah.

Baginda punya gigi kacip yang renggang - setiap kali mengungkap kata seolah memancar cahya keluar dari celah kedua gigi kacipnya itu. Baginda sarat berdiam - bukan kesukaan Baginda berbicara tentang yang tidak perlu. Ketika mengungkap bait, Baginda menyebut asma-Nya pada mula dan akhir bicara - bicaranya pula padat - waima cuma ringkas sahaja - jelas lagi - tidak sia-sia atau berlebih - malah tidak pula yang kurang difahami. Sebesar-besar ketawanya hanyalah dengan tersenyum - bagai butiran mutiara menyerupai akan gigi putihnya bila diri Baginda melempar tawa. :)

Adapun mereka yang tidak pernah bertemu Baginda - pasti menaruh rasa gerun dan hormat terhadap Baginda - manakala yang telah bergaul & mengenalinya, tentu sekali akan mencintainya kerana cara pergaulan Baginda yg teramat indah itu.

Ya Hanana.

Sebaik Baginda menghela nafas Baginda yang terakhir - Saidina 'Umar terus berlari menuju ke arah mimbar masjid Baginda. Kata 'Umar, "Siapa-siapa yang mengatakan bahwa Baginda telah wafat, maka aku akan pancung kepalanya!". Datang Saidina Abu Bakr, "Terimalah kenyataan ini wahai 'Umar, Baginda telahpun wafat." Ruang troposfera Masjid bertukar hening - kedengaran bunyi tangisan di setiap inci masjid - betapa para sahabat tidak dapat menerima akan berita kewafatan Baginda Rasulullah SAW ini. 

Kewafatan insan ini - sunyilah kehidupan dari keindahan - tiadalah haruman - tiadalah senyuman. Kota al-Munawwarah yang sebelumnya cerah dan bertukar suram dan gelap seisinya.


***

Bagaimana bisa kita ungkapkan cinta pada orang yang kita cintai sedang kita tidak pernah kenal dan tak ambil tahu langsung tentang siapa yang kita cintai itu, kisah hidupnya, budi pekertinya, asal-usulnya, pengorbanannya, sunnah-sunnahnya.

Habis apa makna chinta yang diungkapkan?







Luang 5 minit. Bukan lama.



Yuk, semarakkan chinta, pupukkan kasih, laungkan Ya Hanana pada Habibullah, Nabiyyuna Rosulullah SAW - Baginda di alam Barzakh sedang merindui umatnya dan ternanti-nanti waktu untuk bertemu kita di periginya.

12 R/awal dah dekat dah ni, dah dekat dah ni! Jaga-jaga semua!

Tiada ulasan: