21.8.14

Stedi, stedi.

Saya turun ke padang depan rumah petang semalam,

ada lah budak-budak 5,6 tahun sedang ligat bermain tuju kasut sesama mereka waktu itu.

Tiba-tiba timbul perbalahan antara para budak, yang seorang ini dah kena kasut, tapi pretend kata yang badan dia tak kena kasut, cuma angin sahaja yang lalu. Yang team lawan bila dengar alasan sampah budak seorang ini, argue tak kira lah.

Lepas itu, yang seorang datang dengan penuh stedinya dia kabor, "Hampa ni main macam budak-budak lah! Sikit-sikit nak bergaduh. Tak matang langsung!"

---

Keh keh keh.

Saya peratikan sahaja budak ini dari jauh sambil mengenangkan bagaimana diri saya dahulu. Lebih kuranglah stedinya.


Tiada ulasan: