9.12.11

Kisah Ayuna The Die Hard Fans 2

Ayuna membuka matanya perlahan-lahan. Terasa kebas seluruh badan. Dia melihat sekelilingnya, dan tiba-tiba sahaja keningnya terjongket. Tempat apakah ini? Dimanakah aku? Bagaimana aku boleh sampai ke sini? Persoalan demi persoalan menari-nari di pentas fikirannya yang benak itu. Cecair adrenalin sudah mula merembes deras di dalam badannya. Dia jadi takut dan tak tentu-hala. 

Ayuna, ya gadis sunti yang hilang tertimbus tempoh hari. Ketika kejadian, Ayuna sedang menikmati sarapan paginya sambil berbual-bual bersama pemain Harimau Malaya idamannya , Nazmi Faiz Mansor. Malangnya, dia tiba-tiba sahaja hilang apabila hotel tersebut runtuh secara fenomenanya dan mengikut hukum alam. Tragedi tersebut juga menjadi bahan utama yang diumpatkan dalam mesyuarat tergempar Angkatan Wanita Tak Sedar Diri, atau AWATSD.

Kini Ayuna berada di suatu tempat yang langsung dia tidak tahu mana datangnya.

Bajunya koyak-rabak, seluar jeans berjenama Libais miliknya hanya koyak di bahagian lutut, tetapi bahagian lain masih kukuh untuk menutup segala ‘harta’ miliknya. Syukur. Rambutnya yang ikal bertukar kering dan tidak bermaya. Tidak ubah seperti rambut  yang belum dibilas oleh Panteen. Mukanya yang ala-ala Adinda terus berubah seperti Momok. Ya, hodoh benar.

Ayuna bingkas bangun. Dia memerhati sekelilingnya dengan penuh rasa debar. Tiada apa. Cuma tanah lapang yang rata dan tidak bergeografi seperti padang jarak, padang terkukur.

“Anibadi hiyer?”

Jerit Ayuna sekuat hati walaupun pronounciationnya ke laut.

“Hello, jawap laaa!”

………………..

“Hey!!!!”

“Siuuuuu uuuuuuuuu uu uu uuu”

Akhirnya, angin merelakan diri untuk menjawab sapaan Ayuna sambil acuh tak acuh.

Sudah dekat tiga jam Ayuna mengayuh kakinya di tempat tersebut. Tempat yang penuh misteri. Sekali-sekali Ayuna menghela panjang tanda protes terhadap nasib yang menimpanya itu.

“Dekat mana aku ni sial!!!?”

Marah Ayuna, entah kepada siapa. Ya, begitulah sikap Ultras Pavillion yang hanya tahu bersial-sialan tetapi tidak mahu untuk beristighfar atau bersubahanallah apabila ditimpa musibah.

Dari jauh, kelihatan dua kelibat berwarna merah jambu sedang mendekatinya. Ayuna berasa girang, dia tahu pasti ada orang yang datang untuk menyelamatkannya. Kelibat itu semakin dekat dengannya, seraya Ayuna menyapa,

“Hai awak berdua, memang datang nak selamatkan saya kan? Saya dah agak, pasti tuan putera idaman saya akan datang untuk selamatkan saya.”


Tiba-tiba, tangannya ditarik dan dipegang erat, mulutnya disuap stoking berwarna merah jambu, matanya pula ditutup kain hitam. Ayuna kemudiannya ditarik dan ditolak ke depan. Makhluk merah jambu itu mengikat kaki dan tangannya, lantas salah seorang daripada mereka mengangkat Ayuna naik ke bahunya.

Rupanya, makhluk merah jambu itu adalah penduduk pribumi di tempat penuh misteri itu. Wajah dan bentuk badan yang langsung tak ada macam model, menjadikan makhluk itu betul-betul menakutkan. Malah aku sendiri tak mampu menggambarkan bagaimana seramnya rupa makhluk tersebut. Pandai-pandailah bayangkan.

Ayuna cuba menjerit, tetapi stoking yang disuap ke dalam mulutnya itu menyerap kesemua getar bunyi yang dihasilkan Ayuna. Sia-sia.

Dia cuba meronta-ronta untuk turun dari tubuh makhluk tersebut tetapi sekali lagi, sia-sia.


Selepas itu, dia di...

Panggggggg!!!!

"Tolong aku, tolong!! Tolong jangan apa-apakan aku. "

Pangggggggggggggggggggggg!!!! 

Sekali lagi penampar Makcik Salmiah melekat di pipi Ayuna, kali ini lebih kental lagi dari yang pertama tadi.

“Dah dekat pukul 12 tak reti-reti nak bangun tidor lagi?!!! Apa nak jadi dengan engkau ni Ayuna?!!! Bertuah punya anak!!!”

Jerit Makcik Salmiah padu sambil tidak peduli apa kata jiran sebelah kerana dia lebih mempedulikan Apa Kata Orang Kampung.

“Hah! Di mana aku, dimana aku, toloong, tolongg.”

Paanggggggggggggggggggggggggggggggg!!!!

Buat yang ketiga kalinya Makcik Salmiah menampar pipi Ayuna. Padan!

Apabila Ayuna tersedar, dia bingkas bangun dan memeluk tubuh solid ibunya sambil mengurut-ngurut pipinya yang ditampar sebentar tadi.

“Mak, Yun sayangkan mak. Jangan tinggalkan Yun mak.”

“Kenapa dengan anak mak ni? Mengigau lah tu, dah-dah pergi mandi. Nak dekat tengahari dah  ni. Kamu kan belum sarapan lagi, cepat!”

.....


“Tapi mak, bukankah Yun dah sarapan pagi tadi dengan Abang Nazmi?”











Panggggggggggggggggggggg!!!

Kali ini dari aku.

3 ulasan:

bujal X berkata...

mohon belikan saya seluar jenama libais.kool betul bunyinya.

Cik Ieyraa berkata...

haha. ayuna2. apelah.


maaf, saya bukan kipas-susah-mati si nazmi tu bang. kuikui.

Wadi AR berkata...

kemain lempang bagai