25.3.12

Memohon sekolarsyip.

Sebagai anak orang susah, adalah menjadi tanggungjawab saya untuk tidak menyusahkan lagi kedua orang tua saya. Jadi, tanggungjawab itu diisi dengan beberapa permohonan biasiswa yang telah saya selesaikan urusannya 2,3 hari ini demi masa depan saya yang harapnya berada dalam keadaan baik dan sejahtera. Insyaallah.

Ada beberapa sekolarsyip yang power tawarannya tapi tak tally dengan kelayakan saya. Misalnya macam Petronas dengan trademarknya, Reimagning Energy. Syarat minimum yang diletakkan adalah 9A-. Emmm , baler baler... bisik hati saya. Bila tengok gitu gayanya, terus saya bukak Facebook in new tab tanpa berfikir panjang. Kah.

Taylor's juga tidak ketinggalan sama untuk menurunkan spirit saya semasa upacara permohonan ini berlangsung. 3000 word essay dipinta, membikin jiwa meronta-ronta. Gila mende nak buat essay waktu-waktu gini, waktu-waktu badan sedap menggeliat. Kahkah, sejak dari tu, sengaja saya buat-buat tak perasan dengan iklan-iklan tawaran Taylor's yang lalu dalam akhbar Metro dua,tiga hari ni. Mengada sangat caranya.

Dan ada juga antara sekolarsyip yang baik hati, yang faham perasaan anak muda. Misalnya macam Khazanah, Axiata, UEM dan lain-lain lagi. Alhamdulillah, sepanjang 2,3 hari upacara ini berlangsung, baru satu sahaja yang saya dah submitkan, iaitu biasiswa UNITEN tapi itupun dia tendang lepas submit tu, khabornya borang saya tidak lengkap dan perlu dikemaskinikan untuk pengesahan semula.

Kahkahkah!

Begitulah cerita saya ketika memohon sekolarsyip.

5 ulasan:

Wadi AR berkata...

pehhhh! jambz. cte sikit kekdahnye lu dpt berabuk A. rindu kau ni

Unknown berkata...

tahniah jambz... no pain, no weight gain...

aljambz berkata...

alhamdulillah wadi, result gua tak berapa power sangat tapi ini pun dah cukup bersyukur sangat.

tengkiyuk cik jari. no weight gain? kahkahkah. badan saya stedi je ni, badan askar.

Tanpa Nama berkata...

jangan malas isi


"kakakmu"

sipispi berkata...

isi sikit cukup la, tinggalkan jugak untuk saya. hikhik