28.4.12

Cetek ilmu, riak mendabik dada.

Dan mereka berhujah,
terus berhujah, sampaikan hujan yang turun
tidak bisa lawan lebatnya hujah mereka,
aku teliti hujah-hujah mereka,
terfikir aku, apa aku sendiri yang cetek ilmunya? atau mereka yang tinggi ilmunya?
bodoh, bangang, tolol, bahalul, mikaol
semua mereka lempar ikut serakah,

kelakar.

jika benar aku yang cetek ilmu ini berhujah,
pasti ramai yang ketawa,
"Ahahaha, budak-budak tak cukup umur punya sembang, akal cetek, bodoh"

Jadi siapa yang cetek ilmunya sekarang?

Keliru.

Ah biarkan, 'tiada asas' campur 'akal nafsu semata', sama dengan 'kosong'.

Jadi elok aku pergi siap kan megi dan nescafe secawan. Buang kusut yang tadi, doa mereka diberi inayah.

Ilalliqa'.

p/s : berhujah dengan isi yang kuat, takut-takut hujah standed kedai kopi sahaja, mudah sangat puak intelek patahkan nanti.


1 ulasan:

takky berkata...

jgn lupa dengar lagu 'KOSONG' masa makan megi sambil minum nescafe