27.4.12

Sebagai bakal mahasiswa,ini pendapat picisan saya tentang pemansuhan PTPTN.

(Di-qopi sepenuhnya dari tulisan asal aku di blog 1994's)

Tentang isu pemansuhan PTPTN ni kita kena lihat dari angel pro atau kontra atau kedua-duanya sekali. Maksud aku, ada pro dan kontranya jika PTPTN ini dimansuhkan .Sory aku tak berapa larat nak buat pendahuluan, jadi kita terus kepada titik(Baca:straight to the point) je la yek?

 Taruk gambar bagi sedap mata sikit. Hehe

Ok apa yang pro-nya dekat sini kalau-kalau PTPTN dimansuhkan,

Yang pertama, mahasiswa-mahasiswa layak diberi Universiti Percuma, tak perlu bayar tuition fees, penginapan, makan-minum dan duit buku-pengajian apa semua tu. Kalau diberi ELAUN lagi molek! Jadinya esok bila dah tamat belajar, mahasiswa-mahasiswa ini tak berhutang apa-apa dengan kerajaan, bebas dan boleh bersuka-ria macam graduasi-graduasi yang lain. Yeayy!!

Di Turki sendiri, sebuah negara yang kurang minyak dan sumber hasil negaranya tetapi mereka masih lagi mampu menyediakan Universiti secara percuma kepada semua rakyat mereka kerana melihatkan signifikannya pendidikan itu sendiri sebagai langkah vital ke arah kemajuan negara. Bukan macam Malaysia, menteri guna duit rakyat, dikatanya komisyen. Komisyen apa sampai seratus ribu? Hahaha. *Gelak tutup mulut. Duit petronas tu nak simpan sampai bila, esok akhirat tuhan tak tanya pun, "Petronas untung berapa?".

Pro yang kedua adalah tentang sistem PTPTN itu sendiri yang tak sistematik dan selayaknya dimansuhkan. Percaya atau tidak, PTPTN hanya mampu kaver untuk tempoh 2 tahun sahaja lagi dari sekarang. Selepas 2 tahun, mana lagi nak dapat duit untuk dipinjamkan kepada rakyat-rakyat marhaen yang dahagakan ilmu? Sistem dulu yang bangang, dibawak sehingga ke akhir zaman, bukankah itu memilukan?

Hujah saya yang ketiga mengapa PTPTN layak dimansuhkan adalah kerana terdapat unsur riba(baca : bunga) di dalam proses pembayaran balik yang dikenakan kepada setiap peminjam. Pinjam Dua-puloh-ribu, bayar balik Tiga-puloh-ribu. Kejam tak kejam, sebagai orang susah yang perlu mencari ilmu demi mencapai kejayaan dan mengubah nasib keluarga, mereka terpaksa. Jadi PTPTN yang bersifat riba ini, perlu kita cakar dengan kuku yang tidak pernah dikepit selama 2 tahun! Ya, Kuku kita sendiri! Sampai bila nak harapkan kuku orang lain?!

Ok cukup cerita pasal PRO-Mengapa PTPTN wajar dimansuhkan.

Ok kita tengok pulak kontranya, kalau PTPTN dimansuhkan, dan mahasiswa diberi pendidikan percuma.

Yang pertama, mahasiswa akan belajar sambil lewa, rilek, esok exam sempat lagi main fesbuk sampai ke 3 pagi, tak ada semangat nak struggel untuk exam and etc etc. Aku bagi contoh macam pinjaman boleh ubah MARA, dimana sistem yang depa tetapkan adalah bilamana engkau orang score pointer 3.5 untuk exam, makanya pinjaman tersebut boleh bertransformasi menjadi biasiswa sepenuhnya. Dan kalau kau score bawah dari 3.5, mungkin kena bayar ikut peratus, atau bayar separuh, atau bayar sepenuhnya. Bergantung pada pointer. Fair la kan?

Bukankah itu satu cabaran buat mahasiswa tu sendiri?

Ya lah, maksud aku bila engkau orang rasa masalah kewangan ini adalah antara halangan dan kekangan kejayaan, jadi engkau orang sewajarnyalah menolak batu halangan tersebut dari terus menghalang jalan kejayaan yang engkau sedang telusuri itu dengan belajar bersungguh-sungguh untuk exam, dan score pointer atau markah yang telah ditetapkan oleh MARA.

Jadi kalau PTPTN masih tak mahu dimansuhkan, cer ubah sistem PTPTN tu sendiri, jadi macam MARA. Kan itu lebih baik dan terbaik.

Kontranya Mengapa PTPTN wajar dimansuhkan ni aku dapat satu je point dia, yang lain engkau orang fikir sendiri.

Ahahaha! Semoga bermanafaat. Insyaallah.

Tiada ulasan: