29.4.12

Perhimpunan Hangus 3.0 - Duduk, Bakar!

Perhimpunan ini diadakan awal 2 hari sebelum Perhimpunan Bersih, jadi ia lebih kurang macam Perhimpunan Pra-Bersih 3.0 tetapi lebih tepat digelar Perhimpunan Hangus 3.0 dengan moto Duduk, Bakar!. Perhimpunan tersebut telah disertai oleh segerombolan anak-anak muda yang bertindak membakar 10 ekor ayam, 50 batang sosej, dan 30 ekor udang secara amannya. Cuma yang tidak amannya, perhimpunan tersebut telah mengundang pencemaran udara kerana para pendemo melakukan pembakaran secara terbuka dan membabi-buta.

Untuk itu, ini saya sediakan sedikit laporan tentang perhimpunan tersebut, 



Consultant Bahagian Masakan. Juara Masterchef peringkat daerah Kerian selama tiga tahun berturut-turut iaitu pada tahun 1993,1994 dan 1995. Orang lama, lejen dan berpengalaman.



Runner-man.

Ok apa tugas runner-man?



Ini dia,

 Barang tak cukup, benda terlupa bawak, bateri kamera habis, Runner-man lah yang akan menyelesaikan semua itu. Runner-man bergerak dengan seekor unta Tanah Melayu. Kami cukup terhutang budi dengan runner-man. Terima kasih Runner-man, terima kasih! *lagu Here's To The Heroes diputarkan*




Sambil di tempat demo, para pendemo masih berbincang bagaimana untuk mereka mulakan sesi pembakaran.
Duduk, Bakar!

Serta disogok dengan beberapa rangkap ucapan dan bacaan puisi oleh Pak Jambz.

"
Lagu Blues sebagai hiburan selingan.




Sebaik Runner-man pulang semula ke tempat demo,

semua barang dan para pendemo sudahpun bersiap siaga untuk membakar dan berdemo!

Na.

Bakaaaaaarrr!!!

Allah! Lupa sapu minyak!! Ok sekali lagi, Bakaaarrr!!!

Terbakaaarrrr.









Ini hasilnya, Tadaaaaaaaaaaa!

Hanguuuss...




Selepas beberapa jam, para pendemo dihalau balik dari Dataran tempat mereka berdemo oleh FRU dan Polis yang bertugas tetapi beberapa orang pendemo tak mampu bergerak kerana perut menggelebeh keluar terlalu banyak makan. Keadaan ini memaksa pihak FRU bertindak ganas dengan menembak water cannon dan beberapa bom asap dilepaskan. Kemudian, para pendemo pun lari bertempiaran dan pulang ke rumah masing-masing.

Syukur, semua pendemo balik dengan perut yang kenyang dan hati yang riang.

2 ulasan:

Wadi AR berkata...

kuat tengok k-pop lu ni

wani brahim berkata...

perghhh lama tak main bakar-bakar ni..