23.5.12

Benda Pelik.

Ada 2 benda pelik yang boleh saya simpulkan melalui Debat Sinar ini.

Pertama, kenapa Sinar Harian yang anjurkan debat ini, dan astro Awani jadi penyiarnya. Kenapa bukan Utusan, berita harian, metro yang anjurkan? Dan mana pergi nya tv3, RTM untuk menyiarkan debat politik yang sebegini? Pelik.

Keduanya, isu 237 billion duit Petronas lesap, yang sampai ke sudah YB Khairy tak menjawab walaupun sudah 2 kali soalan dianjurkan kepada beliau. Pelik.

Dua benda pelik ini cukup untuk kita katakan bahawa "Yang tak bersalah, akan tegakkan yang benar, manakala yang bersalah, akan terus bisu, menutup khilaf."

Terkadang tu, YB Khairy Sengaja meninggikan intonasinya dalam berhujah tentang isu yang remeh-temeh, yang sebenarnya tidak perlu pun. Mungkin agenda lainnya, semata-mata untuk bangkitkan semangat dan kepercayaan rakyat terhadap Kerajaan sahaja.

:) Hehehe. This is just my 2 cent opinion. Sekiyan. Semoga anda juga berasa pelik.

Tiada ulasan: