25.5.12

Reviu : Menara karya Isa Kamari


Buku ini keluarnya pada tahun 2003.

Mungkin aku antara manusia yang paling lambat mendapatkannya. Hehe.

Setelah membaca Kata Pendahuluan penulis untuk 5 muka surat pertamanya. Ternyata penulis mencabar para pembacanya yang betul-betul berani sahaja, untuk berentap membaca hasil karyanya.

Katanya, Menara hanya mampu dibaca oleh pemikir serius dan pembaca yang berani meneroka.

Aku sebenarnya tak rasa tercabar langsung, karna niat tulen aku membaca Menara hanyalah untuk menambah ilmu dan sama sekali bertentangan dengan 'niat' penulis untuk mencari pembaca-pembaca yang berani.

Habis prolog, aku masuk ke bab satu.

Pappp!!

Aku tutup Menara.

Benar, buku ini hanya untuk mereka yang betul-betul berani sahaja bagi menghadam setiap aksara dan bait ayat yang terkandung di dalamnya. Hanya sempat membaca 3 muka surat, dan aku fikir, buku sebegini cuma layak dibaca bagi orang yang sudah 'dilatih' dengan ilmu yang dalam.

Ya, kasta bahasa dan makna tersirat di dalam Menara bukan calang-calang pembaca boleh mendalaminya. Ternyata, aku pembaca yang 'failed'.

Jadi, sasaran aku, buku ini akan cuba aku habiskan selambat yang mungkin karna suasana yang penuh dengan ketenangan dan masa yang diambil untuk mendalami makna dan intipati disebaliknya adalah 2 jalan yang dapat memudahkan perjalanan aku panjat ke Menara.

Nasihat aku, sediakan juga Kamus Dewan Edisi terlatest untuk membuat rujukan. Kamus DBP di internet kadangnya susah untuk dapatkan makna sebenar satu-satu perkataan.

:)

1 ulasan:

Wadi AR berkata...

macam best je.


*sori, dah lama tak datang sini