7.5.12

Sakit belakang.

Arakian dalam dua,tiga hari ini aku mengalami sejenis penyakit yang dinamakan penyakit sakit belakang. Penyakit sakit belakang aku ini bukan penyakit yang boleh dibuat main, ia serius. Aku dah agak, ini lah akibatnya jika duduk terlalu lama membaca buku dan menengok kompiter. Sama ada duduk bersila, atau duduk di atas kerusi. Mana mungkin aku mahu duduk meniarap ketika membaca buku atau ketika menengok kompiter, posisi sebegitu boleh menyebabkan sakit dada dan tiada keinzalan ketika khusyuk membaca buku. Kesannya lebih teruk lagi dari sakit belakang.

Jadi hati aku berbisik, "Ini kalau ada bini, mesti best ni! Boleh jugak tolong urutkan."

Aku sengih kerang :')

Ahaha.

____________
Sebenarnya,


Isteri tidak patutnya diperlakukan sebegitu. Mana martabatnya yang harus kita junjung sebagai seorang suami. Aku tidak nampak sebagai seorang suami, ketua keluarga kita boleh berbuat suka hati terhadap isteri dan anak-anak, ibarat orang suruhan. Menyuruh itu dan ini.

Jadi, kepada para suami dan bakal suami, mulakan menabung dari sekarang dan belilah kerusi urut jenama Ogawa!

Kah!

1 ulasan:

takky berkata...

sayang isteri, mesin jadi mangsa...
ko jgn risau, bukan ye ko suke2 suruh bakal isteri ko wat ikut suka hati macam urut...
2 nama ye nak eratkan hubungan antara laki bini...