5.8.12

Menyorok dalam selimut.

Kebarangkalian untuk blog ini dibaca orang waktu ini adalah sangat rendah.

Tapi, biar.

Kerana pencinta setia akan terus menyayangi, walau cintanya pergi membisu(seketika).

Angkat kening.

---

Laju si Swalha ni, lajuuuu.

Sudah 16 Ramadan. Kencang masa berlalu. Ada mereka-mereka yang sekarang sedang berlari dalam kelajuan meniti waktu, ada juga yang baru nak masuk gear satu, dan ada pula yang terlanggar batu jatuh meraung.

Kita pula bagaimana?

---

Malam tidak kekal malam, siang tidak terus siang.

Pasti terbenam.

Karna itu kita perlu bergerak. Dalam singkatnya defisit yang tinggal ini, mengapa masih lekakan diri dengan duniawi. Sedang betik yang sudah masak, dibiar tidak dikait.

Alangkah.

---

Semalam rakan sebilik,

"Malam ni aku ada mesyuarat 'doh', pukul 8.30 dah mula 'doh', sampai pukul 11 rasanya 'doh'."

Aku senyum.

"Kenapa kau tak argue je dengan penganjur? Ini hal akhirat. Tak boleh ke tangguh dulu mesyuarat tu?"

"Entahlah. Aku ni kuli je, patuh lagi mematuhi."

Aku senyum. Buat kedua kalinya.


---

Kita tahu bagaimana peritnya kisah Ka'ab bin Malik dan dua lagi rakannya yang diboikot Nabi dan seluruh umat Madinah serta ditangguh taubat mereka oleh Allah Azza Wa Jalla.

Mereka bertiga dan ramai lagi tentera islam yang lain tidak ikut serta pada peperangan Tabuk biarpun sebelum-sebelum ini mereka menyertai semua siri peperangan bersama Nabi, kecuali yang ini.

Kemudian bila ditanya Nabi saat semuanya telah selesai, yang lainnya menipu nabi dengan kata-kata nista, bahwa mereka punya keuzuran lain. Nabi maafkan mereka, walau hakikatnya mereka itu munafiq.

Ka'ab merasakan bahwa dia juga wajar menipu untuk dimaafkan oleh nabi. Tapi dalam masa yang sama, dia tahu Allah lah yang lebih mengetahui apa yang ditipu dan apa yang sebenarnya berlaku.

kerana risaukan azab Allah, maka Ka'ab berlaku jujur pada nabi.

"Aku ini sihat, serta punya 2 ekor unta. Cumanya aku tidak punya cukup bekalan untuk dibawa bersama di medan Tabuk"

Nabi diam.

Nabi menyatakan pada seluruh madinah, untuk memboikot 3 orang ini sejak dari itu.

Lalu setelah berlalunya 50 hari 50 malam yang perit maka turunlah ayat menyatakan bahwa Allah telah menerima taubat Ka'ab bin Malik dan dua lagi sahabatnya itu.

Firman Allah dalam surah at-Taubah : 118 ,

"Dan terhadap 3 orang yang ditangguhkan penerimaan taubatnya oleh ALLAH SWT, sehingga mereka merasakan bumi ALLAH SWT yang luas ini menjadi begitu sempit. Dan sehinggakan mereka merasakan diri mereka juga begitu sempit. Dan mereka merasakan bahwa mereka tidak dapat melarikan diri daripada azab ALLAH SWT. Kemudiannya ALLAH SWT menerima taubat mereka, supaya mereka tetap dalam keadaan bertaubat. Sesungguhnya ALLAH SWT itu, adalah Tuhan yang Maha menerima taubat."


---


Na, Ini semua datangnya dari hati yang berbelah bahagi, mahu ikut perang atau malas nak pergi. Begitu juga kita dalam urusan ukhrawi. Jika benar hati tulus lagi menulusi untuk menegakkan syiar, pasti bisa saja mampu biaskan apa sahaja yang datang menghalang, bukan biarkan yang menghalang datang menyekat.

Redho dan pasrah.

"Patuh lagi mematuhi"

Tak kena pada tempat.



---

Ikhlaskan niyat, kerna cantiknya suatu amal itu datangnya dari niyat yang ikhlas semata kerana Allah Ta'ala kan.

Rama-rama cantik tak?



Ke bulan purnama lagi cantik?


Tiada ulasan: