16.9.12

Kisah Hina-Mulia-Siapa Kita?

500 tahun beribadah, gelaran abid dikecap,
hingga awan di atas kepala, ikut kemana kaki melangkah.

Tapi sayangnya,
neraka membuka rahang,
mahu membaham diri bersama awan-awan.

Kerana APA? , tanya hati, [mereka-mereka yang sedang membaca(ANDA)].

Kerana si abid tadi, bila terselisihnya dengan pelaku maksiat,
matanya memaling pusing,
seolah menjaga mata dari melihat syaitan yang direjam,
seolah si pelaku maksiat ini tiada lagi hak untuk mendapat keampunan Tuhan,
jadi untuk apa melihatnya? 
 
Manakala si pelaku maksiat turut memaling pusing,
Katanya perlahan,
"Astaghfirullahhal'azim, aku ini manalah layak mahu bertentang mata dengan ALIM ini, ibadahnya banyak sedang aku ini fasiq hatta banyak bermaksiat. Aku malu dengan-Mu Ya Allah."

Sungguh.

Adapun awan-awan yang menaungi abid tadi,
berlari anak datang menaungi si pelaku maksiat pula.

---

Hati.

Kita ini walaupun sudah sampai alimnya, baik dari jalan ibadah atau jalan muta'alim,
maka lebih besar peluangnya,

Ya, peluang untuk dibakar API ALLAH!


"Ya Allah peliharalah pandangan kami daripada pandangan yang engkau tidak redhai, peliharalah ia dari pandangan yang haram, peliharalah ia dari memandang dunia dengan pandangan kebesaran, peliharalah ia dari memandang salah satu dari ciptaan-Mu dengan kesombongan dan kehinaan."

---

Ilalliqa'

Cerita tadi dikongsikan oleh Habib Ali Zainal Abidin Al Jufri. Hamba yang faqir ini cuma memanipulasi sedikit bahasa nya, isi-isi di dalamnya insya-Allah sebijik-sebijik.

Wallahu'alam.

~Allahummasolli'alasayyidinaMuhammad~

1 ulasan:

Aliff Haikal berkata...

subhanallah ! entry ni sungguh menarik ! mohon untuk perkongsian :")