13.10.12

Dirisik Pakcik Harakah.


Siang tadi, usai solat sayyidul ayyam, saya di risik seorang pakcik, katanya anak saudaranya seumuran, sekarang di darul quran, menghafaz, boleh lah nanti kalau dah jadi graduan, dia nak satukan.

Asal perbincangan bukanlah tentang jodoh, tetapi tentang Surat Khabar Harakah yang dihantar pakcik ke merata Malaysia. Saya jadi tercengang, bila pakcik juga pernah datang tempat saya untuk hantar Harakah. Bukan kepalang dan bukan calang-calang. Ini kerja mencabar.

Bila ditanya saya, Macam Mana, Berkenan tak?

Andai kau tahu bagaimana padam merahnya muka waktu itu, pasti kau juga ingin lari bertempiaran, dek kerana hormat, saya ketawakan saja.

Kata saya, duit belum tebal di poket, bagaimana mahu menyara nafkah?

Katanya, khair saja, mu orang kaya, anak sedara pakcik juga keluarganya kaya. Masalahnya apa?

Saya ketawakan lagi. Biasalah. Telatah ayah-ayah. Tidak tahu yang di depan, sudah menilik yang di belakang. Haha.

Kemudian pakcik angkat kening dua kali, dan katanya, pakcik beransur dulu, kerja banyak belum terlunas, semoga apa yang dibincangkan tadi, difikirkan-fikirkan oleh benak mu.

Saya salam cium tangan, pakcik beredar sambil menyulam Assalammualaikum.

Waalaikummussalam.

Tamat Kisah.




---

Nota Hujung : Diskusi juga telah diselitkan dengan pengunguman nama anak saudara si pakcik.

Wallahu'alam. Saya dah terlupa namanya. Mujur.

3 ulasan:

piNky LuCiA berkata...

kenal2 lah dulu. hehe.

Wadi AR berkata...

itu rezeki paling "murah" jambz. amik jambz. jangan tolak

Tanpa Nama berkata...

After getting more than 10000 visitors/day to my website I thought your janganmasukblogini.blogspot.com website also need unstoppable flow of traffic...

Use this BRAND NEW software and get all the traffic for your website you will ever need ...

= = > > http://get-massive-autopilot-traffic.com

In testing phase it generated 867,981 visitors and $540,340.

Then another $86,299.13 in 90 days to be exact. That's $958.88 a
day!!

And all it took was 10 minutes to set up and run.

But how does it work??

You just configure the system, click the mouse button a few
times, activate the software, copy and paste a few links and
you're done!!

Click the link BELOW as you're about to witness a software that
could be a MAJOR turning point to your success.

= = > > http://get-massive-autopilot-traffic.com