12.11.12

Kebangkitan yang syumul.

Aku merenung kalendar. Tulat, Muharam 1. Satu Empat Tiga Empat. Senyum nipis terlempar. Seribu 4 ratus tahun dahulu, sirah Nabi termaktub akan perihal penghijrahan Nabiyyuna SAW dari kota Madinah ke Mekah. Berpindah atas dasar apa?

Berpindah atas dasar mahu mengubah suasana dari ancaman kepada keamanan. Selak saja sirah Nabi, pasti satu per satu diceritakan di dalamnya tentang bagaimana susahnya Nabiyyuna SAW dalam usaha mengetuk pintu-pintu hati para jahiliyah Arab Quraisy.

Dalam kisah Ma'al Hijrah juga, diceritakan tentang pengorbanan para sahabat, Abu Bakar(Radiyallahuanhu) yang berkorban untuk menjadi teman Rasulullah SAW berhijrah, Ali(Radiyallahuanhu) yang berkorban untuk menggantikan tempat tidur Nabi walaupun dia tahu nyawanya cuma seinci jaraknya dengan pedang Arab Quraisy.

Betapa..

Tadi aku sempat buka Astro Arena. Waktu itu ada ulangan perlawanan Hoki - Malaysia Jerman. Ketika minit yang aku tonton tu, Malaysia sudah ketinggalan DUA KOSONG.

Alang-alang petang tadi aku tak ada kerja nak buat selain sidai baju dan masak pau kacang, jadi aku labuhkan punggung pada sofa empuk keluaran Syarikat mana tak ingat, Hehe.

Tamat separuh masa pertama. Mula separuh masa kedua Malaysia terus menukar formasi, dari 3 orang penyerang kepada 5 penyerang, ini satu perubahan yang menyebabkan PENGULAS berkata "Ini menyukarkan lagi keadaan". 10 minit lepas permainan bermula, Malaysia dapat sumbat sebijik gol. Semua isi stadium terkejut termasuk pengulas.

Ketika waktu pengulas tengah sedap cerita tentang sejarah kejayaan German yang pernah 5 kali menjadi juara Piala Dunia Remaja, Malaysia sumbat lagi 1 gol.

Menjadikan kedudukan 2 SAMA.

Pengulas dua orang tu dah mula berkobar-kobar bila permainan cuma tinggal 5 minit sahaja berbaki. Penyokong kiri kanan yang rata-ratanya adalah penyokong Malaysia(Sebab main dekat Malaysia) mula bersorak dengan sorakan killer mereka ' OOOoooo.. Ma! Lay! Sia!"

Aku agak game ni seri.

Tiba-tiba Malaysia buat serangan balas(Bahasa BOLA : COUNTER ATTACK) , pemain nombor 4, dia gentel bola guna kayu hoki datang dari sebelah kanan pintu gol German, sup sap sup sap, dia tolak.....

Goooollllll....

Semua menyahut riang. Referee meniup wisel tanda gol. Penjaring gol berlari kencang keliling padang dengan rakan-rakan sepasukan yang lain turut ikut dari belakang. Jurulatih Malaysia berpeluk sesama mereka. Jurulatih Jerman tepuk dahi. Pemain German tunduk tak bermaya. Pengulas dua orang menjerit keseronokan "Akhirnya.. Akhirnya...!!!!!"

Permainan tamat. Malaysia Menang TIGA - DUA.

 agi idup agi ngelaban.


 Fuh. Kebangkitan yang syumul.


Begitulah kita.

1 Muharram. Mungkin ada yang sudah 20 tahun, sudah 30 tahun atau sudah 50 tahun menempuh Ma'al Hijrah, tapi apa kebangkitan yang kita lakukan untuk mencapai redha Allah?

Moga Muharam 1 kali ini menjadi titik KEBANGKITAN KITA YANG SYUMUL(Sempurna).

Bangkit dari jahil, kepada mahu mencari ilmu.
Bangkit dari maksiat, kepada taat.
Bangkit dari lena, kepada taubat.



Inilah Kebangkitan Yang Syumul.

Tiada ulasan: