20.11.12

Kisah Ayuna The Die Hard Fans 3 (Betul-betul publish)

Sesungguhnya kisah yang ke-tiga ini tiada sekual dan perkaitan langsung dengan Kisah Ayuna The Die Hard Fans 1 & 2 . Jadi anda tidak perlu risau jika anda belum membaca bahagian 1 dan 2 dari kisah ini.
---

Ayuna menghempas keyboard. Dia marah sekali sambil dahinya berkerut.

"Apa bendalah sampai nak boikot-boikot mekdi ni?"

Ayuna. Gadis sunti berkulit sawo matang yang umurnya baru sahaja melangkah 17 tahun pada beberapa hari yang lepas. Hari bersejarah bagi Ayuna itu telah disambut meriah di wall facebook milik nya. Dari kawannya yang 4000 orang itu, ada lah dekat 300 orang sahaja yang wish, yang lain semua mungkin buat-buat tak perasan. Meriah benar.

Hari ini, dia marah sekali. Bagi Ayuna, tanpa mcD dan Starbucks, maka tidak terlaksanalah dasar 1 Remaja 1 Pavillion yang dicanang oleh dia dan rakan-rakan. Untuk melaksanakan dasar 1 Remaja 1 Pavillion ini, maka seharusnyalah masing-masing mempersiapkan diri dengan perkara-perkara yang liar dan rare pada pandangan masyarakat.

"Ahh.. aku tak pedulilah pasal Gaza ni. Apa nak jadi, jadilah dekat diorang!!"

Ayuna mencebik, mulutnya yang Allah jadikan indah itu tampak serong tak kena. Terus tampak tak indah bila kata-kata tadi dia lemparkan.

Ayuna kembali melabuh punggung di katilnya sambil mencapai majalah Mangga keluaran bulan November. Ayuna membelek-belek majalah itu sambil matanya membuntang membaca kisah-kisah gossip artis kesukaannya. Ayuna melempar senyum, nampak jelas langsung tak ada sweet pada senyumnya itu (Haha). Tiba-tiba matanya tersentak. Tersentak pada satu muka surat yang menayangkan tentang peluang untuk siapa sahaja, yang ingin melancong ke luar negara, dan negaranya itu adalah... "Koriyaaa"

Ayuna bingkas bangun. Meneliti setiap aksara yang ada pada borang penyertaan. Penyertaannya mudah, cuma gunting gambar-gambar penyanyi/pelakon korea yang anda minati dan lekat pada satu keping kertas A4 sekreatif mungkin. Siapa yang paling kreatif dialah yang akan memenangi tiket pergi balik ke Korea dan penginapan 5 hari 4 malam secara percuma di sana.

Senyum Ayuna tampak lebih teruk dari tadi. Ada rupa Joker jugaklah dia punya senyum tu.

"Dis iz mai chens, dis iz mai chens" (This is my chance 2 x) bisik Ayuna dalam hati.

Setelah berminggu-minggu Ayuna mempersiapkan kertas A4 nya tadi, sampailah ke hari dimana borang itu perlu dihantar. Ayuna pun dengan lafaz "Ok.... lets go!!" menghantar borangnya tadi di Pejabat Pos berhampiran rumahnya dengan harapan borang itu sampai dan dia dipilih sebagai pemenang bertuah itu.

14 November 2012.

Keputusan pertandingan keluar. "Nurul Ayuna Saleha binti Mat Sabri, tahniah anda telah memenangi tiket pergi dan balik ke Korea Selatan berserta penginapan 5 hari 4 malam di sana"

Setelah membaca surat tadi Ayuna melompat kegembiraan dengan bertalu-talu laungan "Yeayyy!!! Aii win! Aii win!!!" berkumandang.

Seluruh isi rumah berasa pelik. Emaknya yang sedang memasak, berhenti memasak. Ayahnya yang sedang membaiki motor, berhenti membaiki. Adik-adiknya yang sedang main polis sentri juga berhenti, mereka seolah-olah dipukau oleh suara yang tidak lunak itu tadi. Bukan sahaja isi rumah, yang diluar rumah juga berasa kaget. Burung berterbangan di atas awan tiba-tiba berhenti terbang dan berpatah balik semula ke sarang masing-masing. Bunga yang tumbuh mekar sejak pagi tadi, mula mengecut, dan terus terkuncup.


18 November 2012. (Cepat jugaklah tarikh ni, macam tak logik sebenarnya, pasal kalau nak ke luar negara, kenalah buat passport dulu, tapi kalian anggap sajalah Ayuna dah ada passport, entah bila dia buat pun aku tak tahu)

Selepas selesai mencium tangan ibu ayah, adik kakak, Ayuna pergi bertemu buah hatinya Sukri Supian. Dari raut wajah Sukri Supian, dia seolah-olah tidak setuju dengan pemergian Ayuna ke negara KPOP tadi, tapi apa dia boleh buat dengan kedudukannya yang hanya sebagai boyfriend itu berbanding Kim Kibum yang jauh lebih tinggi martabatnya di sisi Ayuna. Silap-silap jika Sukri Supian membantah, jangan kata brake, block di facebook pun boleh jadi akan Ayuna laksanakan selepas mereka bertengkar tentang hal ini.

Ayuna naik pesawat dengan wajah serba berseri. Mendabik dada itu pasti. Siapa tidak kenal dengan Ayuna. Tetapi ketika Ayuna ingin melambai tangan dari dalam pesawat, semua yang datang mengiringinya tadi telah tiada, dia pelik sambil menggaru-garu kepalanya.



Setelah 2 jam perjalanan.

Tiba-tiba pesawat yang dinaiki oleh Ayuna bergegar. Seluruh isi pesawat panik termasuk Ayuna. Jeritan kedengaran di setiap inci pesawat. Co-Pilot dan pramugari/pramugara cuba menenangkan para penumpang.

Dengan kuasa tuhan, pesawat tadi terhempas jatuh ke bawah dan sebelum terhempas tu ada lah scene enjin terbakar, pilot bergaduh sama pilot, tak jumpa tempat terdekat landing pesawat, penumpang marah dengan pramugara/pramugari tapi semua itu terlalu klise untuk aku ceritakan, jadi pandai-pandailah kalian hadirkan rasa berdebar tu.

Poooommm.

Terhempas.


19 November 2012

Seluruh umat manusia di Malaysia mahupun di luar negara dikejutkan dengan berita pesawat terhempas ini. Surat khabar arus perdana mahupun arus laut turut sama mengejutkan para pembacanya yang rata-ratanya meletakkan berita hempasan ini sebagai muka hadapan di surat khabar masing-masing.

Apa yang mengejutkan, pesawat tadi telah ditemui terhempas di daerah Gaza, Palestine. Tetapi pesawat itu terhempas di kawasan hutan tidak berpenghuni. Mujur tidak menyusahkan rakyat Gaza yang ketika itu sedang bermandi darah berperang dengan tentera Israel laknatullah.

Diberitakan juga yang kesulurahan penumpang telahpun maut termasuk pilot, co-pilot, dan para pramugara/pramugari. Cuma tinggal beberapa orang sahaja yang masih belum ditemui dan salah seorang daripadanya adalah Ayuna.


Ayuna??


---

Apa berlaku pada Ayuna? Di mana dia sekarang? Apakah dia sudah jadi salah seorang dari askar pimpinan Hammas? Atau telah dilarikan oleh tentera Zionis?

Selanjutnya dalam Kisah Ayuna The Die Hard Fans 4. Nantikan kemunculannya. InsyaAllah.




2 ulasan:

maryam maisarah berkata...

salam

creative. ya apa yang terjadi pada ayuna

takky berkata...

not bad...
btw, boleh je paspot siap bawah 1 wekz...