21.11.12

Kisah Ayuna The Die Hard Fans 4 (Sambungan - teaser Prajurit Rusuk Kiri)

Sesungguhnya kisah yang ke-empat ini tiada sekual dan perkaitan langsung dengan Kisah Ayuna The Die Hard Fans 1 & 2 . Jadi anda tidak perlu risau jika anda belum membaca bahagian 1 dan 2 dari kisah ini. Cuma jika anda betul-betul mahukan kefahaman yang hakiki dari kisah yang ke-4 ini maka wajarlah anda membaca terlebih dahulu kisah yang ke-3 nya kerana kisah ke-3 dan ke-4 ini umpama upin dan ipin, kopi dan biskut, irama dan lagu, rindu dan sepi. Saling berpautan. Nah, Kisah 3.


---


Perlahan-lahan, Ayuna membuka mata. Badannya terasa kebas, seperti ada yang mencucuk-cucuk. Dia terkejut bila memerhati sekeliling.

"Di mana aku?" Sogok jiwanya.

Dari mata kasarnya, kelihatan seperti dia berada di dalam sebuah bangunan yang usang, yang sudah ditumbuhi lumut pada lantainya, cat pada dinding-dindingnya juga sudah pudar, keseluruhan tingkap pada bangunan itu semuanya pecah.

Sedang khusyuk pandangannya menelan panorama usang rumah villa itu, tiba-tiba datang satu kelibat serba hitam mendekatinya. Ayuna menoleh.

Ternyata, seorang gadis yang menyarung seluruh auratnya dengan baju labuh dan jilbab berwarna hitam, lengkap berniqab, hanya 2 biji bola mata sahaja yang hanya kelihatan dari wajah indah wanita itu, datang mendekati Ayuna. Wanita itu bukan sahaja membawa dirinya, di sampingnya juga terdapat selaras senapang AK-47 bersama beg peluru yang digalas sebelah bahu kanannya. Tampak seperti seorang ninja. Ya, ninja yang beraksi dengan senjata api.

Lantas dia menyapa Ayuna,

"Hi, i'm Fatimah Gaffar. Are you a Malaysian right?"

Ayuna mengangguk lemah. Mulutnya masih terkunci rapi dek kerana kejutan budaya yang dilaluinya sejak tadi. Hati dan jiwanya juga masih belum lega. Berbagai persoalan timbul dalam benak fikirannya. Ingin sekali waktu itu dia memeluk ibunya, Makcik Salmiah. Tetapi apa bisa dia lakukan dalam keadaan yang sebegitu rupa. Terdetik pula dalam hatinya rasa menyesal membaca majalah Mangga keluaran November. Kalau tahu jadi begini, lebih baik aku baca URTV, desis hatinya lagi. Walaupun dalam keadaannya yang begitu, mulutnya tetap juga mahu memuncung, mengalahkan Burung Murai.

"Siapa nama awak?"

Ayuna terkejut. Masakan bisa wanita berpakaian serba hitam ini boleh berbahasa Melayu. Dia fikir, orang-orang yang berpakaian seperti ninja ini hanya tahu berbahasa Arab sahaja.

"Saya ni orang Malaysia. Tetapi nenek saya orang sini. Ini rumah villa tinggalan nenek saya." Fatimah Gaffar menyambung. Dia mengerti bahwa Ayuna terkejut melihat dia lancar sahaja berbahasa Melayu.

"Di mana kita sekarang?" Tanya Ayuna.

"Palestine. Gaza."

"Hah??? Gaza?? Bukan Korea Selatan??!"

"Bukan. Pesawat yang awak naik semalam terhempas di belakang hutan Villa ini. Semua isi pesawat maut, kecuali yang masih berdenyut jantungnya hanyalah awak. Saya bawa awak balik ke sini."

"Awak selamatkan saya?"

"Tidak. Allah yang selamatkan awak."

Ayuna seolah-olah dirasuk dengan perasaan tidak percaya akan hakikat yang didengarinya ini. Gaza? Palestine? Jadah apa semua ni? Dengus hati kecilnya.

"Tuhan tak adil dengan aku.. Tuhan tak adil.." Kata Ayuna perlahan sambil air mata mencurah-curah keluar dari bola matanya yang indah bening itu.

Berbekalkan hati nurani seorang wanita, Fatimah Gaffar faham sekali akan keadaan Ayuna. Dia lantas memeluk sosok tubuh Ayuna yang masih lemah itu. Dia menenangkan Ayuna dengan zikir, "Subhanallah.. Subahanallah.. Allahummasolli'alasayyidinaMuhammad.."

"Allah itu Maha Adil. Dia tak beri apa yang kita minta, tapi Dia beri apa yang kita perlu. Ini lah mungkin apa yang Ayuna perlu. Dia tahu apa yang terbaik dan yang terburuk buat Ayuna. Ayuna kena yakin tu." Tambahnya lagi.

Fatimah Gaffar semakin erat memeluk tubuh Ayuna yang longlai itu, tanda dia begitu concern sekali tentang Ayuna. Inilah tanggungjawab seorang muslim kepada muslim yang lain, perkenalkan tuhan di saat mereka sudah lupa bahwa mereka punya tuhan.

"Allah never forgets His servants.."

---

Sudah 3 hari dia bersama-sama Fatimah di Villa tinggalan nenek Fatimah itu. Bermacam kisah mereka kongsikan. Ayuna mula terpikat akan keindahan islam dengan akhlak yang dibawa oleh Fatimah. Fatimah seolah-olah kakak kandung baginya walaupun mereka sebaya. Hati Fatimah umpama singa. Beraninya jauh lebih lelaki dari seorang lelaki.

Begitu Ayuna terpegun. Dia lantas menguatkan dirinya sama. Dia mula untuk mengerjakan solat semula, Fatimah yang membimbingnya. Kali terakhir Ayuna solat adalah ketika sembahyang raya Aidilfitri tahun lepas, tahun ini punya sembahyang raya dia miss disebabkan Allah bagi cuti hari tu.

Ayuna yang tidak bertudung pada asalnya itu, dipakaikan tudung oleh Fatimah. Tudung bawal Fatimah yang dibawanya dari Malaysia diberikan pada Ayuna. Ayuna kelihatan manis sekali, ada lah sikit rupa Diana Amir bila Ayuna bertudung tu.

Di dalam villa itu, cuma ruang tamu bahagian bawah sahaja yang sengaja dibuatkan kelihatan usang supaya tentera Zionis di luar tidak menerjah masuk kerana menganggap bahawa sudah tiada lagi penduduk yang tinggal di dalam Villa itu.

Semua ini adalah hasil rancangan ayah dan ibu Fatimah. Mereka bertigalah yang bersungguh-sungguh mahu membantu rakyat Palestine sehingga sanggup meninggalkan Malaysia dan datang ke sini. Tetapi Tuhan lebih menyayangi ayah dan ibu Fatimah. Nyawa mereka berdua diragut kejam oleh tentera Zionis laknatullah dalam serangan bom di Gaza pada Awal Muharram yang lepas.

Fatimah yang semakin tinggi amarahnya tidak mahu pulang ke Malaysia. Dia mahu kekal di sini, dan dia mahu membalas dendam pada tentera-tentera durjana itu suatu hari nanti. Itulah janji dirinya dengan Allah dan Rasulullah.

Bahagian atas Villa masih cantik. Sofa berdiri kemas, televisyen dan para almari tersusun rapi. Ada 4 bilik di bahagian atas. 3 dikosongkan dan cuma satu digunakan sebagai langkah keselamatan dan bilik itu jugalah yang dijadikan bilik 'penginapan' buat Ayuna dan mereka berdua.

Siapa sangka, dari niat mahu bertemu Kim Kibum, kini Ayuna sudah menjadi seorang gadis yang berjuang atas kalimah 'La ilah ha illa Lah' yang tersemat rapi dalam hatinya.

Jiwa dan raganya kini hanya untuk Islam.

"Apa rancangan kita sekarang?" Tanya Ayuna selepas mereka selesai menjamah sarapan. Hari ini, masih menu yang sama, bijirin tanpa susu dan air kosong. Itu sudah cukup untuk mengalas perut sehingga tiba waktu makan malam kelak. Hidup di dalam Villa ini, mereka harus berjimat kerna sesekali mereka keluar menghantar makanan kepada penduduk Gaza yang masih bersembunyi seperti mereka. Bekalan makanan yang kurang, mengajar mereka erti menghargai dan berjimat-cermat.

"Saya tak pasti. Seperti hari yang lepas-lepas, kita tunggu dan berjaga-jaga saja dalam Villa ini. Mungkin ada aktivis dari negara lain yang mahu datang menyelamatkan kita, itu satu anugerah Tuhan." Jawab Fatimah.

"Tapi bagaimana kalau yang datang itu bukan aktivis yang mahu menyelamatkan kita, tetapi tentera-tentera laknatullah itu?"

"Awak jangan risau Ayuna. Saya ada AK-47, awak pula M4A1. Kita kekal bertahan sehingga titisan darah yang terakhir ya. Inilah jihad kita. Inilah peluang untuk kita meraih syahid!!"

Berkobar-kobar semangat yang ditiupkan oleh Fatimah. Mereka berdua kembali kepada posisi bertahan dan masing-masing dalam mode bersiap-siaga supaya nanti bila musuh datang menjengah, mereka dapat lumatkan musuh-musuh itu selumat mungkin.


Kebanggg!!!

Tiba-tiba, pintu Villa itu diterajang deras dari luar.

10 orang tentera menerjah masuk ke dalam ruang Villa itu tanpa adab dan memberi salam. Orang Melayu kabor 'kurang ajor'. Mereka masuk itu sudah semestinya mahu pastikan bahwa tiada langsung penduduk yang masih bernyawa di daerah Gaza ini. Mereka mahu bunuh semahu-mahunya ke semua penduduk Gaza.

Ayuna dan Fatimah mula berdebar. Lagu 'Here's to the Heroes' tiba-tiba sahaja kedengaran dari corong radio, entah siapa yang pasang. Ayuna dan Fatimah memerhati dari lubang kecil yang ditebuk dari dalam bilik di bahagian atas. Hati gagah mereka, mulai layu bila mendengar tengkingan dan jerkahan yang dibuat oleh ketua tentera itu.

"Now!! Go!! Find!!!"

Adrenalin mula merembes deras dalam diri kedua-dua bidadari besi itu. Bunyi tapak but tentera semakin  kuat menuju ke bahagian atas.

Tap! Tap! Tap! Tap!

Bukan seorang-dua yang datang. Tapi ramai...
 


---


Insya-Allah. Kisah Ayuna The Die Hard Fans 5 akan menamatkan segala debaran dan kerunsingan anda yang sedang memikirkan tentang "Apalah nasib Ayuna dan Fatimah Gaffar ni". Nantikan kehadirannya.



Tiada ulasan: