23.11.12

Tiada cerita Ayuna hari ini.

Buat Gaza,
aku ini mungkin cuma insan biasa,
yang poketnya tidak berduit,
yang solatnya tidak pernah sempurna,
yang doanya jarang-jarang,
yang boikotnya pula entah mampu atau tidak.

Tetapi yakinlah Gaza,
aku sedang cuba.

Ya. Sedang cuba untuk mendekati mu dengan kadar sedepa. Jika tidak pun - sejengkal.

Maafkan kelekaan aku selama ini. Semoga perkenalan kita ini, berkekalan 'till Jannah'!!


2 ulasan:

maryam maisarah berkata...

salam al-jambz,

jika ada info pengajian - dec 2012 di bagan serai, parit buntar, minta tolong update ya. jazakallahu khairan

maryam maisarah berkata...

al-jambz, terima kasih info. cuma saya tidak ada 'muka buku'. takpe, saya minta sahabat saya iffah-hidayah utk join group tu. insyaallah, saya cuba hadir.