30.11.12

Kisah Ayuna The Die Hard Fans 5 - (Episod Akhir - teaser Prajurit Rusuk Kiri)


Maaf lambat untuk publish sambungannya kerana kekangan waktu dan keringat yang menimpa saya minggu lepas betul-betul memeritkan. Tapi kalau nak cakap sibuk sangat tu, takde lah , fasal saya sekarang tengah cuti sem 2 bulan, jadi dekat mana yang sibuk tu pun saya tak pasti. Keh keh.


-Kisah 3. Kisah 4. (Cuma Kisah 3 dan Kisah 4 sahaja yang dituntut untuk dibaca oleh kalian yang baru kali pertama berkunjung ke sini atau kali pertama yang nak membaca karya picisan saya walaupun dah lama follow atau kali pertama nak membaca entri panjang saya kalau sebelum ni cuma baca yang pendek sahaja)-

***

Tanpa menoleh ke belakang, Ayuna dan Fatimah berlari cemas, langkah mereka pantas umpama Harimau Puma meluncuri Hutan Hujan Tropika di belakang Villa itu. Ayuna yang pernah memenangi Acara Lumba Lari 100 M semasa Darjah Tiga menggunakan sehabis pengalaman dan kudratnya untuk menyelamatkan diri. Fatimah tercungap-cungap mengejarnya dari belakang.

Mujur mereka sempat melompat keluar dari Villa itu. Dengan izin Allah, rancangan yang telah mereka rencanakan telah berhasil. Usai sahaja melompat keluar dari Villa itu, Fatimah terus menekan butang pada 'remote control' yang mengawal 10 biji bom yang telah diletakkan di sekitar Villa itu.

Villa bersama para tentera durjana itu telah lumat ditelan ledakan bom. Kini, mereka berdua sedang berlari menuju ke arah masa depan yang belum tahu samada selamat atau tidak. 

"Kita bukan hanya berdua! Kita punya Allah bersama kita! Ayuh Ayuna! Lekas!" Jerit Fatimah yang tiba-tiba sahaja berada di depan. Walaupun Ayuna berasa pelik dan luar biasa dengan kepantasan Fatimah yang memotongnya secara tiba-tiba itu, dia tidak pantas mengalah, dia mempercepatkan langkahnya sambil melaungkan "Ya Fatimah! Allah bersama kita!!!"

Sesampai mereka di tempat persembunyian dimana dihimpunkan rakyat-rakyat Gaza yang masih kekal bertahan, nafas mereka berdua mencungap kencang, seolah memerlukan sedozen beg udara oksigen demi membantu kelancaran proses inhelesyen dan ekshelesyen tubuh badan mereka.

"Why my dear? Why?" tanya seorang wanita yang sudah lanjut usianya yang pangkatnya sudah sama dengan pangkat ibu-ibu. Wajahnya yang penuh ketenangan mampu mengukir senyuman pada setiap yang melihatnya. Waima dalam keadaan getir sekalipun. Siapa yang tidak sadis bila merenung wajah ibu?

"We had finished them! Alhamdulillah!" Kata Fatimah walaupun nafasnya sedang sibuk naik turun memerlukan udara tambahan. Fatimah telah dikenali oleh penduduk di sini. Dia lah yang sering datang menghantar makanan yang masih berbaki di Villa untuk kelangsungan hidup para penghuni markas ini. Di sini, para penghuni markas dilindungi oleh tentera Al-Qassam. Zionis masih membiarkan tempat ini kerana di sini terdapat Ketua Tentera mereka yang sedang dijadikan tahanan perang oleh tentera Al-Qassam. Jika mereka menyerang markas, itu bermakna, sekaligus mereka kehilangan manusia yang paling sarat berjasa kepada negara Israel laknatullah itu.

Semua yang mendengar kata-kata Fatimah tadi menyambutnya dengan penuh syukur, ada yang bersujud, ada yang melempar senyum, ada yang berpelukan, penuh gembira. Sebelum datangnya tentera Zionis ke Villa itu, Fatimah telah pun memberitahu kepada penghuni markas tentang rancangannya itu dan jika berlaku sebarang perkara yang tidak diingini kepadanya, dia mahu penghuni-penghuni markas terus berjuang tanpa menilai apa ertinya setitik darah. Fatimah telah banyak membantu penghuni markas dari makanan, wang, harta peninggalan ibu bapanya sehinggalah pakaian-pakaian yang diberikan kepada anak-anak markas semuanya ditanggung oleh Fatimah.

---

Booomm!!!!

Bunyi tembakan Bazooka kedengaran dari luar. Tanda ada yang hadir menjengah markas.

"Zionist!!! It's Zionist!! They are coming!!" Jerit seorang wanita dari luar khemah. Kesemua wanita dan kanak-kanak masuk ke tempat perlindungan yang telah dibina khas untuk menempatkan mereka-mereka yang sudah tua, wanita dan kanak-kanak. Fatimah dan Ayuna ketika itu berbelah bahagi. Mahu membantu atau mahu mambuntu?

Ayuna menoleh ke arah Fatimah. Fatimah pula menoleh ke arah Ayuna. Mereka sama-sama mengangguk. Tanda bersetuju mahu meneruskan perjuangan ini. Inilah muslimah sejati! Bukan MUSLEMAH!

Boommmm!!!

Satu lagi tembakan dilepaskan ke arah markas. Mujur hanya mengena khemah yang tidak berpenghuni.

Boom! Boom! Boom!

3 das ledakan Bazooka datang menyapa markas tanpa belas kasihan. Pertahanan pertama kian lumpuh. Para tentera yang berada di situ ditembak bertubi-tubi oleh tentera-tentera Zionis yang datang menaiki kereta kebal. Markas huru hara. Mayat merata-rata. Anggota bersepai tidak terkata.

Ayuna dan Fatimah tidak mampu bergerak maju ke hadapan kerana mereka terus dihujani peluru dari depan. Mereka bersembunyi di sebalik kubu pertahanan di barisan belakang.

Tiba-tiba, kelihatan 10 buah jet pejuang dan 15 buah kereta kebal datang dari belakang markas. Jet pejuang tadi mendarat betul-betul di belakang markas tempat Ayuna dan Fatimah bersembunyi. Tentera di dalamnya keluar dengan senjata masing-masing. Ayuna dan Fatimah yang berada di situ terkedu. Apa mampu mereka lakukan apabila berhadapan dengan tentera berpakaian lengkap bersenjata yang datang menyerang mereka dari belakang itu. "Redha itu Pasrah. Pasrah itu Berserah." Bisik Ayuna perlahan.

Tiba-tiba..

Bila 'helmet' tentera dibuka oleh para tentera itu, rupanya bukan tentera Zionis yang hadir.

Semakin mereka maju ke hadapan, semakin jelas kelihatan. Ada sekitar 200 orang tentera yang datang. Mereka diketuai oleh Presiden Mesir, Dr. Morsi dan Perdana Menteri Malaysia, Dato' Seri Najib dengan masing-masing membawa briged tentera negara masing-masing. Dan yang paling mengejutkan, Sukri Supian turut sama mengikuti pertempuran ini.

Ayuna seolah-lah tidak percaya bila melihat wajah Sukri Supian keluar dari jet pejuang itu. Sejak mereka bercinta, Sukri Supian tidak pernah menceritakan tentang pekerjaannya, tetapi kini barulah Ayuna tahu yang Sukri Supian adalah pejuang tanah air.

"Awak berdua bagaimana?" Tanya Dato' Seri Najib kepada Ayuna dan Fatimah.

Mereka mengangguk dalam kekeduan. Belum mampu mengucap kata.

Aktivis dan briged tentera Malaysia datang bukan sahaja mahu membantu rakyat Palestine, tetapi juga mahu mencari rakyat Malaysia yang masih belum dijumpai ekoran hempasan pesawat tempoh hari. Sukri Supian semakin dicabar kejantanannya bila mengetahui mayat Ayuna belum ditemui, dia yakin yang Ayuna masih punya nyawa! Sebab itulah dia tawarkan diri untuk menyertai siri pertempuran ini.

Dr. Morsi yang mengetuai keseluruhan briged termasuk briged Malaysia mengarahkan supaya semua tentera bersiap sedia.. Ayuna dan Fatimah turut sama mahu membantu walaupun Dato' Seri Najib pada awalnya tidak membenarkan mereka untuk menyertai pertempuran ini atas dasar keselamatan dan keperempuanan. Tetapi mereka tidak peduli dengan Dato' Najib. Mereka terus kukuh berdiri bersama tentera yang lain untuk membantu rakyat Palestine.

Dengan lafaz takbir "Allahuakbar!!!!" Dr. Mosri mengarahkan seluruh tentera maju ke hadapan dan terus menyerang. Pejuang Al-Qassam turut sama bersatu. Sama-sama mahu menumbangkan Zionist laknatullah.

"Allahuakbar!!!!" "Allahuakbar!!!!" "Allahuakbar!!!!"bertalu-talu laungan takbir dilaungkan. Dalam masa yang sama kedengaran juga perlahan laungan "1 Malaysia!!!" dari sebelah briged Malaysia. Entah siapalah yang pergi jerit tu.

---

Kaboom! Bang! Poom! Allahuakbar! Pum pum! Iyuuuu booommm!!

Peluru saling berbalas
menikam hati-hati pejuang,
bom deras berderai
membaham penuh rakus,
jiwa-jiwa yang bertempur sudah tidak kenal erti kematian,
Islam tidak terus mengalah
Zionis tidak mahu menyerah,
puisi sudah tidak layak digelar senjata waktu ini,
doa-doa dari umat manusia - pertolongan Tuhan,
itulah yang dinanti-nanti.

Pejam Mata.
----

Akhirnya, tentera Zionis berjaya ditewaskan selepas pertempuran yang amat dahsyat itu. Walaupun pada mulanya tentera Islam hanya sekitar 300 orang dengan Zionis yang kemudiannya semakin ramai - semakin ramai sehingga jumlah tentera mereka mencecah 10 000 orang tetapi dengan izin Allah, episod Perang Badar kembali berulang. Walupun sedikit, tentera Islam tetap bangkit, menentang Zionis yang akhirnya tewas tiada berdikit.

Seluruh umat manusia di Gaza mahupun di seluruh rantau dunia menyambutnya dengan penuh kesyukuran, tangisan kegembiraan kedengaran di setiap inci dunia mensyukuri kemenangan yang telah Allah ganjarkan ini. Dr. Morsi yang mengetuai para pejuang Islam serta para pejuang turut membenihkan air mata gembira. Tiada langsung rasa kelat tergambar di wajah para prajurit Islam ini.

Pertolongan Allah. Itulah yang paling utama. Untungnya umat Islam, kerana kita punya Allah, kendatipun kita tidak punya senjata canggih, tetapi senjata Allah dan tentera-Nya adalah lebih canggih dari segala macam senjata canggih yang ada di dunia ini.

---

Sukri Supian masih belum bertemu Ayuna. Ayuna ketika itu sedang sibuk menenangkan para wanita dan kanak-kanak yang masih dalam trauma ketakutan dengan ledakan bom dan serangan berikutan pertempuran tadi. Kini segala penat lelah dan susah payah yang mereka hadapi berjaya dileraikan dengan kejayaan yang cukup manis ini.

TAMAT.



Kisah percintaan Sukri Supian dan Ayuna dan apa terjadi selepas mereka berjumpa akan saya tangguhkan dahulu. Sebab bab CINTA ni berat sikit. Tambah pulak CINTA TILL JANNAH ni.

Keh keh keh. InsyaAllah . Kelak!

Tiada ulasan: