3.12.12

Menulislah .


“Hiduplah Untuk Memberi yang Sebanyak-banyaknya, Bukan untuk Menerima yang Sebanyak-banyaknya. (Pak Harfan)”

Kalau kamu bukan anak raja, dan bukan anak ulama besar, maka menulislah (Imam Ghazali)


***

Kadang ada juga timbul bait-bati menyesal kerana melangkah ke kancah penulisan. Diserang. Dikecam. Di-boo. Macam-macam.

Mungkin cuma ini lah cara yang layak untuk aku salurkan cerita tentang ugama dan perihalnya kepada kawan-kawan. Ada mereka-mereka yang mengajar, ada yang meluah kata, ada yang menulis, ada yang mewarna, ada yang tweet, ada yang tidur, ada yang bertazkirah, ada yang usrah - semua bergantung. Bergantung pada uslub(cara) masing-masing untuk membuka lorong cinta Rabb pada diri orang lain.

Aku memilih untuk menulis. Kerana aku bukan anak raja atau ulama' besar. Aku cuma anak bekas tentera yang masih jahil. Masih terkial-kial. Masih lemas tapi sedang cuba untuk naik ke permukaan. Masih seorang mubtadi.

Semoga tulisan-tulisan aku yang aku tahu tak ada manfaat buat kalian hatta lebih banyak merapu sahaja, diampunkan Tuhan dengan segala khilaf-silap-lagha yang terdapat padanya.

Jadi kalian, Menulislah...




1 ulasan:

nurmuadz_umar berkata...

salam al-jambz,

menulislah...bkn untuk yg lain, untuk ingatan dan nasihat diri sendiri, ada satu lagu tu..'aku menulis bkn kerana nama, kerana sifat kasih, pada sesama insan'. .

ada perkhabaran, habib ali al jufri akan berada di kedah pd 21 dan 22 dec ni, tapi belum dapat the actual schedule. insyaallah ada peluang, akan hadir.