18.12.12

Solat menjaga kita dari melakukan perkara yang mungkar dan dikeji. Dah solat, tapi mengapa masih bermaksiat?

"...(Syahdan) Ketahui olehmu hai orang yang salik (orang yang berjalan kepada Allah Ta'ala) yang menjalani jalan akhirat itu, bahawasanya amal yang batin yang di dalam hati yang dengan dia disyaratkan akan SAH sembahyang pada batin itu. Dan dengan dia kesempurnaan hidup sembahyang itu, iaitu HADIR HATI. Dan adalah kesempurnaan hadir hati itu dengan enam perkara:

(1) Hudhur al-Qalb, ertinya hadir h
ati di dalam sembahyang.

(2) At-Tafahum, yakni memahamkan akan segala bacaan di dalam sembahyang dan menghadirkan maknanya.

(3) At-Ta'zhim, yakni menghadirkan akan kebesaran Allah Ta'ala seolah-olah engkau di hadapan hadhratnya.

(4) Al-Haibah, yakni takut akan Allah Ta'ala serta haibah akan kebesarannya.

(5) Ar-Raja', yakni harap rahmat Allah Ta'ala dan harap akan diterimanya akan ibadahmu itu.

(6) Al-Haya', yakni malu akan Allah Ta'ala sebab taqshirmu (kekuranganmu) pada berbuat ibadah kepadanya..."

 
 (1/68, Sair as-Salikin ila 'Ibadah Rabb al-'Alamin, Tuan yang Sangat Soleh lagi 'Alim al-'Alamah al-Jami' baina az-Zhohir wa al-Bathin al-'Arif biLlah asy-Syaikh Abdus Shamad al-Falimbani RahimahuLlahu Ta'ala)
 
 
***
 
Pentingnya khusyuk dari hanya mencanang slogan, "Janji Aku Solat".


2 ulasan:

miss.star.shu berkata...

salam,apakah tips2 utk elakkan diri drpd lakukan mksiat? sbgi cth,wlaupun kita lakukan mksiat,tapi,tetap solat? mcm mana tu?

aljambz berkata...

Macam yang saya lampirkan dalam entri ini, pentingnya KHUSYUK dalam solat dan cara-cara untuk khusyuk. Jika tidak khusyuk, seolah-olah SOLAT itu tidak bermaknalah dalam kehidupan kita - orang yg bersolat tapi masih melakukan maksiat maknanya solatnya itu tidak menjadi pendinding buat dirinya. Cara yang terbaik, cuba hadirkan hati untuk khusyuk dalam solat.

Wallahu'alam.