22.12.12

Umpama tasbih yang diratib, tiada penghujung.

Ada 3 Martabat Sahabat.

Sodiq

Kholil

Habib

---

Sodiq tu macam mana inchik?

Sahabat yang Sodiq itu adalah mereka yang suka kerana kesukaan engkau dan duka kerana kedukaan engkau. Demikian orang itu benar akan kasihnya kepada engkau.

Ohhh. Kholil pulop guane?

Sahabat yang Kholil pula adalah mereka yang suka kerana kesukaan engkau dan duka kerana kedukaan engkau dan terjalin kasih pada setiap anggota tubuh badan engkau.

Macam tu rupanya, emm Habib?

Sahabat yang Habib adalah mereka yang suka kerana kesukaan engkau, duka kerana kedukaan engkau, terjalin kasih pada setiap anggota tubuh badan engkau dan sanggup menebus akan dikau akan segala harta miliknya semata-mata kerana dikau.

MasyaAllah...

Karna itu Nabi Muhamaad SAW di gelar Habibbullah dan Nabi Ibrahim A.S digelar Kholilullah. Kedua mereka sangat hampir dengan Allah ta'ala.


***


Kerana Tuhan.


Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:
"Sebilangan manusia yang dinaungi Allah di bawah naungan-Nya pada hari kiamat iaitu hari yang tidak ada sebarang naungan padanya selain daripada naungan Allah; di antaranya ialah: Pemerintah yang adil, pemuda yang hidupnya sentiasa dalam mengerjakan ibadah kepada tuhannya, orang yang hatinya sentiasa terikat dengan masjid, dua orang yang berkasih sayang kerana Allah di mana kedua-duanya berkumpul dan berpisah untuk mendapat keredaan Allah, orang yang dipujuk oleh perempuan yang kaya lagi rupawan untuk bersatu dengannya lalu ia menolak dengan berkata:” Aku takut kepada Allah!”, orang yang bersedekah secara bersembunyi sehingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang diberi oleh tangan kanannya, dan orang yang menyebut atau mengingat Allah dengan keadaan tidak ada dalam ingatannya perkara lain, lalu menitis air matanya kerana mengingatkan sifat Jalal dan sifat Jamal Allah.” 

(Riwayat Bukhari, Muslim, Abu Daud & Ibnu Majah)

Tiada ulasan: