17.1.13

Saya, mahasiswa dan video Listen.

Tempoh hari, kita telah dikejutkan oleh seorang Mahasiswa dari UUM, Miss Bawani yang bertindak menanyakan soalan-soalan killer yang tak mampu dijawab kepada seorang presiden kelab renang (SWIM - Suara Wanita 1 Malaysia), Cik Syarifah Zohra Jabeen dalam sebuah forum yang dianjurkan oleh pihak Universiti diberi tajuk 'Seiringkah Mahasiswa dan Politik?'

Dalam video yang berdurasi 24 minit tersebut...... (Kalian udah tengok ye dak? Tak yah cerita panjang-panjang lah ye) Keh Keh.

Forum tersebut sebenarnya sudah hampir sebulan dianjurkan (forum dianjurkan pada 8 Disember 2012), tapi baru sahaja trending dari mulut ke mulut para pengguna laman maya kerana si penganjur baru sahaja upload video tesebut ke laman yutiub beberapa hari yang lepas.

Dari parodi Mat Luthfi sampailah ke troll Animal Planet, sudah macam-macam dihidangkan kepada kita di laman facebook hatta di laman twitter sendiri berkaitan video yang mencetus kontroversi ini.

Bawani sebenarnya telah membuktikan kepada kita bahwa bukan semua mahasiswa/siswi di Malaysia ini yang hidupnya untuk berhedonisme semata-mata, pergi kelas-balik kelas, study mengadap buku 24 jam, main dota, dan menonton KPOP tetapi hidup seorang mahasiwa/siswi yang bertanggungjawab adalah lebih daripada itu lagi.
Hal negara. Hal selok-belok politik. Hal cerita rakyat.
Semua itu hanya dihujung jari sahaja, tinggal lagi nak duduk ambil masa, baca sekejap, jadi cakna atau tidak sahaja bergantung pada nilai sesitiviti dan keprihatinan seorang mahasiswa itu.
 "Politik ni jijik! Pecah-belahkan bangsa! Aku memang tak ambil port pasal politik ni."
Anak muda macam ni yang bermasalah. Anak muda macam ni yang buat dunia tak yakin dengan kepimpinan akan datang. Tentang perhimpunan tempoh hari, berapa ramai antara kita yang eager nak tahu tentang perhimpunan tu, apa tuntutan yang dibuat, dekat mana. Tak ramai. Yang kita hanya fikir nak download movie apa malam ni letak dalam harddisk yang sampai 1 Tera tu saja.
Sepatutnya jadilah anak muda yang jenis ingin mengambil tahu bukan anak muda jenis yang buat tak tahu. Hidup kita ke depan kelak - bukan orang sekarang lagi yang nak memikirkan. Sebaliknya kitalah yang harus berfikir terkedepan tentang masa depan kita sendiri.
Selaku salah seorang anak muda, saya menyeru agar anak-anak muda seumuran saya atau yang masih bergelar anak muda untuk menjadi lebih cakna tentang isu semasa - isu negara - di samping tidak meninggalkan tuntutan sebagai seorang khalifah di bumi Tuhan ini. Ini bukan sembang politik, bukan juga sembang warung kopi, tapi ini cuma untaian kata dari benak hati seorang hamba Allah yang mahukan kematangan yang lebih solid dari para anak muda
Semoga video Listen, menjadi ibrah kepada kita. Bukan hanya Listen semata.  
 
 
p/s : Saya tulis pendek-pendek ni sebab nak melawan arus perdana fasal dah ramai orang tulis panjang-panjang tentang benda ni. Ke saya menulis fasal Listen ni dah memang pun mengikut arus?  
Kah kah kah. Lantakler.

1 ulasan:

lkjhgfdsa berkata...

Betul. Tidak kira lah mahu duduk di pihak yang mana; sekurang-kurangnya mahu ambil tahu dan mahu berfikir.

Pasal KPOP tahuuuu aje. Saket hati betul. Sabar je laa.